Ahad, 15 Julai 2018

ORANG BERIMAN SENTIASA REDHA





ORANG BERIMAN SENTIASA REDHA  

Orang yang beriman itu
Meletakkan harapan kepada Allah
Sebab iman seorang itu tidak boleh dijual beli
Tidak boleh diwarisi daripada ayah yang bertrakwa
Seperti kisah nabi Ibrahim gagal berdakwah kepada ayahnya.

Mereka gulungan kufur
Tidak akan dapat redha Allah S.W.T
Mereka telah dapat kesenangan di dunia dulu
Mentauhidkan Allah S.W.T ikut lah apa yang disyariatkan
Itulah keredhaan yang melayak kita masuk syurga Allah S.W.T.

Tetapi siapa berpaling!
Allah tidak berhajat kepada  ketaatan
Dan membelakangkan perintah Allah S.W.T
Justeru itu sesiapa yang kufur dan berpakat melawan
Allah tidak akan rugi dan sentiasa memberi peluang  pada kita.

Oleh Pena Utara,
Catatan jam 6.50 pagi
Rabu Tanggal 10hb Julai 2018.

Tiada ulasan: