Khamis, 26 Julai 2018

DOSA ITU RASA RESAH DI HATI




 DOSA ITU RASA RESAH DI HATI  
 
Apabila hati kita resah
Bererti Allah masih sayang kepada kita
Perlulah kembali mencari di mana kesalahannya

Jangan biarkan hati kita
 Terus mati ditawan sebelum kita mati
Malah menjadi seronok  bersubahat lakukan dosa.

Manusia ini dua unsur
Jasad ini daripada tanah di permukaan
Jasad kita juga boleh lapar dan sakit berpanjangan.

Roh ini  kejadian bersih
Bila lapar dan sakitnya perlu dekat Allah
Jadi bila kita lapar dan sakit kembali lah kepada Allah

Hati kita sering  di pujuk
Dua kompululan hawa nafsu dan iman takwa
Kerana hati ini  sering di pujuk berperang untuk ditawan.

Apa pun doa itu ujian Nya
Allah menguji memanggil kita dekat pada Nya
Sepatutnya kita beriman dan bertaubat kepada Allah S.W.T.

Oleh Pena Utara,
Catatan Jam 7.50 pagi
Sabtu tanggal 10hb Februari 2017.

Tiada ulasan: