Isnin, 30 Julai 2018

BIARKAN GULI-GULI KACA INGIN MENGGOLEK?




 BIARKAN GULI-GULI KACA INGIN MENGGOLEK? 

Guli-guli kaca yang aku melihat menggolek
Ingin menggolek untuk bermain dan bersaing di medan
Bersama dengan guli-guli  peluru meriam besi
Biarkan lah kerana mereka tidak mengetahui kesannya ?
Silap menggolek mereka sendiri yang pecah
Penonton akan menilai di mana kelemahannya.

Begitulah simbolik yang kita lihat ada kini
Ada empat biji guli kaca yang sepakat buat gabungan
Untuk memecahkan peluru berpandu meriam
Sebenarnya bukanlah satu  kerja mudah untuk memecah
Guli sebesar peluru meriam hitam dan  keras itu
Perlu bersatu dan menjadikannya guli reraksa …….

Oleh Tinta Azimat
Catatan jam 6.30 pagi
Jumaat tanggal  27hb Julai 2018

Tiada ulasan: