Rabu, 25 Julai 2018

KATA SEORANG BURUH KASAR





KATA SEORANG BURUH KASAR  

Dia ingin pulang ke desa
Setelah lama merantau di daerah orang
Dia enggan lagi melihat kulit sewanya terbakar mentari
Bersama tubuh kurus kering dan tulang –tulang berdongkolan.
Dia ingin membina sebuah pondok kecil di tanah pusaka peninggalan  warisan .

Desanya yang bergolak
Perlu ada seorang kepala desa tempatan
Bukan mendengar hasutan , fitnah dan tohmahan .
Dia ingin membina sebuah desa yang aman damai dari sengketa
Itulah niat hati kecilnya yang sekian lama merantau di daerah kota  mupalitan.

Hasil wang pampasan !
Dari kerja kuat dan keringat tumpahnya
Dia ingin menghabiskan sia usianya bersama keluarga
Dahulu di tinggalkan puluhan tahun lamanya demi mencari rezeki
Kini anak-anak sudah membesar punya jawatan dia terasa cukup berbangga.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.20 pagi
Rabu Tanggal 10hb Julai 2018. 

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Begitulah bisikkan hati seorang perantau yang sekian lama meninggalkan desa atau kampung halamanannya . Kerana merantau di tempat orang terutma ibu kota KL walau pun sebagai buruh kasar . Kini setelah berumur dan tamat kontraknya ingin pulang ke desa membina sebuah pondok kecil ingin bersama keluarga di hujung sisa-sisa usianya . Kalau diangkat jadi kepala desa dia akan cuba menerimanya kerana pengaruh parti politik sering saja bertukar kepimpinan kepala desa .