Selasa, 24 Mei 2016

HATI ITU MUDAH BERUBAH-UBAH






 HATI ITU MUDAH BERUBAH-UBAH


Hati kita itu kalbu
Sebab suka berubah-ubah
Kekadang pagi kita berkata lain
Di sebelah petang berkata lain pula
Kerana hati sering suka berubah-ubah.

Sudah terlalu biasa
Malah menjadi budaya kita
Terlalu ramai orang bercakap
Tentang bangsa kita yang tidak tetap
Segala pendirian kita yang sukar di nilai.

Di mana silapnya kita?
Sebagai bangsa merdeka
Berkata biarlah ada nilainya
Jangan melepas batuk di tangga saja
Bekerja ada habuan kepentingan diri saja.


Oleh:Pena Utara,
Catatan jam 7.20 pagi
Selasa Tanggal 8hb Mac 2016.

2 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

1 – 2 daripada 2



Bila berkata ada orang nanti marah bila kita tidak berkata atau mengegurkanya , kita juga dapat sebahagian dosa , kerana tidak mahu menasihatinya.



nurimanja49@gmail.com berkata...

Jadi sebagai seorang Islam jg biarkan diri anda berada di dalam keadaan serba salah. Di tegur salah tak tigur pun salah jadi semua serba salah