Sabtu, 16 Mei 2015

PERISTIWA ISRAK WAL MIKRAJ




PERISTIWA ISRAK  WAL MIKRAJ


Peristiwa Israk dan Mikraj
Satu cerita samiyat
Perjalanan rasullullah S.A.W
Dari masjid haram Ke Masjid Al Aqsar
Hingga ke Sedratulmuttaha
pada satu malam dengan izinNya.
 
Peristiwa penuh simbolik
Dan pengajaran untuk umat sejagat
Berbagai insiden telah terakam
Tentang ketauhidankepada Allah S.W.T.
Tentang keibadatan insan
Tentang keperibadian kehidupan
duniawi dan Akhrawi.

Perentah menerima solat 
dari 50 kepada sehari semalam 5 waktu
Bagi membersihkan diri
sebagai pengabedian hambaMu
Yang bernama manusia .


Oleh; Nurimanja,
Bandar Baru  FERDA,
Catatan Citranuri  Telok Kumbar  29\9\2001

10 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

KISAH ISRAK DAN MKRAJ SEMPENA BULAN REJAB INI.

OLEH: Nurimanja,

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 1.
CERITA BULAN REJAB (BULAN ALLAH)

Peristiwa ini berlaku dalam bulan Islam apaila tibanya bulan Rejab berbagai program diadakan bagi mengingati dan mengambil pengajaran daripadanya.Peristiwa ini berlaku satu setengah tahun sebelum nabi berhijjerah ke Madinah.

Israk erti perjalanan nabi Muhamad saw pada waktu malam dari Masjidil-Haram di Mekah kemajidil- Aqsa di Baitul- Makdis, Palestine. Cuma dengan menaiki buraq, satu keinderaan yang pantasnya seperti kilat.(kalau Alah sayang pada seorang itu diberi kenderaan baik)

Daripada sinilah masjidil Aqsa Baitul Makdis, nabi dinaikan (dimikajkan) sehingga sampai ke Sidratul muntaha dan tempat paling tinggi sekali Hadziratul-Quds .

Dan disinilah nabi Muhamad saw. menerima perentah solat lima waktu sehari semalam ke atasorang Islam sehingga kini,peritiwa ini brlaku pada malam isnin 27 Rejab, tahun ke 11kerasulan, bersamaan dengan 621M, dalam usia 52 tahun.

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 2 ;

BUKTI AL QURAN atau dalil tentang berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ini ada ayat dalamAl Quran surah al -Isra, ayat 1; Tuhan memuji Tuhan, Firmannya; atau kira ertinya berbunyi:

Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari masjidil-Haram(A) ke Masjid- Aqsa(B) yang kami berkati disekelilinginya untuk kami memperlihatkan tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dialah yang Maha mendengar dan Maha melihat.

Dalam ayat di atas,Allah mempunyai kuasa untuk melakukan apa saja, Alah dibenarkan nabi Muhamad SAW berjalan (ISRAK) dari Mekah(A) hingga ke Palestine(B). Dan diangkat atau dinaikan kelangit namanya (MIKRAJ)(C) semoga anda mengerti.

Perjalanan antara (A) hingga ke (B) biasanya pergi dan balik makan masa lama, dua bulan lebih.tetapi dengan izin Allah SWT memakan masa yang singkat cuma satu malam sahaja. Masyaallah! Subehanallah!!.

.

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 3 ; KENAPA BERLAKU?

Israk dan mikraj ini satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW sewaktu nabi di dalam keadaan kritikal menghadapi zabaran kidupan. Pertama kematian isterinya SitI khadijah, kedua kematian bapak saudaranya Abu Talib memang menyentuh perasaan dipanggil tahun berdukacita atau bersedih.

Ditakdirkan Allah SWT, nabi dibawa mengziarahi beberapa alam untuk melihat dan menghilangkan rasa sedih dan kedukaan itu, Allah telah menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya itu. Dengan melalui 4 alam semuanya Iaitu , 1. alam mulk, 2. alam malakut, 3. alam jabarut, 4. alam izzati.

Dalam peristiw ini nabi Muhamad saw menerima perentah secara (terus) ditempat yang paling tinggi. Iaitu di Hadziratui-Quds kawasan yang tidak dapat dijejak oleh makhluk lain, kecuali nabi Muhamad SAW seorang sahaja.

Rengkasnya; Kematian khadijah dan bapak saudaranya Abu Talib, dinamakan tahun nabi berdukacita atas kehilangan orang yang dikasihi ini, Allah gantikan dengan menenangkan hati nabi Muhamad saw menziarahi dari alam ke alam dengan peristiwa Israk dan mikraj ini. wallahhuaklam.

Sambungan siri 4 lusa

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 4

SEBELUM BERLAKU?

HADIS RIWAYAT BUKHARI pada malam kejadian itu nabi sedang tidur di masjidil-Haram bersama Hamzah dan sepupunya Jaafar bin Abu Talib.lalu nabi didatangi malaikat Jibrail dan Mikail mengangkat nabi dibawa ketepi telaga zam-zam, lalu dibedah dari leher ke perutya, dikeluarkan hati dibersih dengan air telaga zam-zam.kemudian dimasukan , Ilmu, hikmah dan iman. lalu ditutup semula tanpa meninggalkan kesan,

kemudian dicop pada belikatnya tanda kenabian.Semuanya dengan izin Allah SWT. dengan sempurna. Sebnarnya ada hikmah, hati merupakan raja segala angota,bagi orang muslim mesti peliharai hati daripada sifat keji ini, seperti dengki, khianat, tamak, angkuh, sombong dan sebagainya, unuk itu kita patutlah mengambil sikap ikhlas, bersih hati,cekal dan sejahtera agar mudah menerima ilmu.

Setelah selesai semua itu, nabi dibawa menaiki seekor BORAQ dari syuga bergerak pantas seprti kilat. semuanya dengan kuasa atau Qudrat dan Iradat Allah swt.kerana dialah yang Maha berkuasa. Apakah pengajaran yang perlu kita ambil.Kalau kita hendak berjalan jauh perlulah mengunakan keinderaan yang baik dan sempurna.

Begitu juga pengajaran di atas tentang HATI; contoh jka seorang panglima perang berperang bukan kerana kekuatannya, tetapi kerana keikhlasan hatinya mempertahankan nagara, bangsa dan agamanya.

Begitu juga seorang Dermawan menderma bukan untuk menunjukkan banyak hartanya, tetapi ikhlas hendak membantu kerana Allah kepada saseorang.

Begitu juga Tok Khatib yang membaca khutah bukan kerana kelantangan khutebahnya di atas mimbar untuk mendapat pujian makmum, tetapi kerada Allah menyeru untuk kebaikan semua makmun dan dirinya juga. Nawaitu kena betul . Amin


Sambungan siri 5

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 5 ;

DALAM perjalanan nabi dari Masjidil-Haram di Mekah(A) ke Masjidil-Aqsa di Palestine(B) nabi telah melewati beberapa tempat penting dan singgah di situ. di antaranya;

1. kota thaiyibah atau Yathrib (madinah)
2. Madyan- tempat nabi Musa a,s berteduh.
3. Bukit Tursinah-tempat nabi musa a. s. bermunajat dengan Allah.
4. Baitullah- Tempat nabi Isa a.s.diperanakan
5. Baitul-Muqaddis- Tempat yang menjadi kinlat pertama dalam Isalam.

(lima tempat ini mungkin jadi lima waktu solat kita sehari semalam.)

Kesemua tempat dilewati nabi disuruh oleh malikat Jibail solat sunat dua rakaat bagi mencari keredhaan Allah swt.walaupun nabi dalam perjalanan jauh. Bagi menyakinkan hujah ini; ikuti cerita berikut sebagai contoh sahaja; Adalah mustahil perjalan dua bulan boleh dilkukan satu malam sahaja. Begitu juga saekor semut yang kaki pendek bolehkah dia berjalan dari Ipoh ke Pulau Pinang dalam sehari semalam saja.? Jawapannya boleh tidak mustahil.Bagaimana kalau saekor semut kecil masuk dalam poket baju melayu seorang tok Iman pergi naik kereta dengar ceramah Israk-mikraj di Pulau Pinang, jam 12 malam balik semula ke Ipoh, Pagi esoknya semut kecil itu keluar dari poket tok iman, bila dia cerita pada kawan-kawanya . pasti semuanya tidak pecaya.

Begitulah keadaan nabi sebaliknya. Untuk memudahkan anda faham Bayangkan hurup (L) di atas huruf L itu (C)- langit;. dan Bawak kaki huruf L itu betnangan huruf (C) tadi huruf (B)- Palestine; dan di kaki hujung huruf L itu (A)- Mekah; jadi daripada (A) pergi ke (B) namanya israj-perjalanan. dan daripada (B) naik ke (C) itu dinamakan Mikraj naik ke langit. bacaan huruf dari ke depan ke belakang, C- B- A

Sambungan siri 6

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 6;

BERBAGAI HALANGAN DALAM DIISRAKAN BAGINDA NABI?
Setiap amalan baik pasti ada penghalang

Gambaran 1,

Sewaktu nabi Muhamad saw hendak diisrakkan Iblis cuba menghalang, iaitu Jin Afrit membawa obor api dan mengejar Nabi saw dari belakang dengan tujuan unuk mereintangi perjalanannya

Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-
a. setiap amalan baik mesti ada penghalang.
b. Jin dan syaitan sering menhalang kerja keagamaan
c. manusia dilarang mengamalkan ilmu hitam.

Lalu malaikat Jibrail menajar nabi doa untuk menghindarkan jin dan syaitan dari menggnggu, sehingga syaitan jatuh tersungkur rebah ke bumi.
Bunyinya doa itu dalam bahasa Malaysia;
Aku berlindung dengan zat Allah yang maha mulia yang dengan kalimatkalimat Allah yang sumprna (Al Quan) yang tidak dapat mngatasi orang baik dan orang jahat daripada segala kejahatan yang turun dari langit dan kejahatan yang naik daripadanya,dan dari sgala fitnah malam dan siang, dan daripada setiap orang yang bejalan, melaikan berjalan dengan tujuan yang baik waha tuhan yang maha pemurah.

Siri 7

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 7:

GAMBARAN 2.

Sewaktu nabi dalam perjalanan bersama malaikat jibrail itu, nabi melihat pertani bercucuk tanan dan memungut hasilnya dengan kadar yang segera, tanpa henti-henti? Anih ya?
Iktibar dari peristiwa ini,

1. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang suka berjihat pada jalanNya dan bersedekah.

2. Allah tidak mensia-siakan orang yang melakukan kebajikan dan balasan setempal dengan apa yang mereka lakukan.

3. Islam menggalakan umatya mencari rezeki dengan berusaha dan disamping itu banyaklah membuat kebajikan

Dalil rujuk Al Quran;Al Baqarah ayat 261,

Kira maksu Bandingkan orang yang suka menafkahkan hartanya pada jalan Allah,sama dengan sebiji benih yang tumbuh 7 tangkainya yang mana pada setiap tangkainya mengandungi seratus biji benih, Malah Allah akan mengurniakannya kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Allah maha luas kurniaannya dan maha mengetahui.

Orang yang kuat bersedekah Ällah lipat gandakan rezekinya, dan orang yang bahil, para malaikat akan menelangkupkan tangan sambil berkata, Ya Allah jangan kau tambahkan lagi rezeki orang yang kedekut dan bahil ini...

Sambungan Siri 8

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 8;

GAMBARAN 3.

Ada bau wangi kubur tukang sisir rambut anak Firaun (Masyita) dan anaknya. Bagaimana ceita Masyitah, suatu hari dia sedang menyisir rambut anak Firaun,sikatnya patah dia menyebut kalimah Allah, bila anak Firaun itu tahu dia memberi tahu ayahnya, Firaun marah kerana dia menyangka dirinya Tuhan , tiada tuhan lain lagi. Keluarga Masyitah dan anaknya di hukum masukkan ke dalam kawah air panas sehingga mati.

Cerita tambahan: untuk menilai keimanan dan ketauhidan seorang itu; Pada zaman dahulu seorang raja yang begitu kuat kusaanya telah menyerang sebuah kampung yang beriman, seorang daripa penduduk kampung itu tidak mudah mengalah,sehingga ditangkap dan dibawa hadapat raja kapir, dia dijatuhkan hukuman pancung kepalanya, tidak jadimenjadi masalah: , Akhirnya dia berkata, kalau benar tuanku mahu tahu kekebalannya , sediakan kain putih yang panjang dan lebar, dan pacunglah kepalanya. dan lihatlah darahnya, setelah dipancung darahnya pun memancut keluar, lalu tertumpahlah ke ataskain putih itu,lalu terbentuklah kalimah syahadah. Raja kapir itu pun terpegun....Bawaha Allah itu maha kekuasaan.

iktibar dari peristiwa ini.

1.Keimanan yang teguh perisai bagi menghadapi sebarang ujian dan dugaan

2.Allah akan melipat gandakan pahala ke atas orang yang mempertahankan keimanan di hadapi peretah yang zalim,

3.Kemuliaan seorang terletak di atas kekuatan keimannya.

Dalil Al Quran; Al Ankabut ayat 2 dan 3; Kira maksudnya.

Bolehkah seorang yang berimanan dengan berkata; Kami ssunuhnya beriman, tetapi tidak dilakukan ujian keimannan keatasnya. Allah telah menguji iman orang terdahulu, untuk mengetahui kimanan mereka kepada Allah atau sekadar mereka berdusta saja. Allah tidak akan mengiktirap iman sesaorang itu sebelum dia diberi ujian yang setimpal dengannya.

Sambung siri 9

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 9 ;

GAMBARAN 4.

Nabi Muhamad saw melihat manusia yang memecahkan kepalanya dengan batu(makudnya menghantukkan kepalanya ke batu yang keras) Solat ini amat berat walaupun ambil masa cuma lima enam minit sahaja, tetapi mengerjakannya amat berat? contoh solat subuh. pahala paling banyak solat subuh berjumaah, nombur dua, solat assar, zohor ,issa dan maghrib pahala sadikit, tetapi solat inilah yang paling ramai orang mengerjakannya.kerana dilihat orang, takut ada perasaan riak. itlah ditambahkan dengan solat sunat dan ceramah atau baca Quran.dlln.

Bukankah waktu subuh kita sedang enak tidur, lalu seruan dalam azan subuh, solat itu lebih baik dari tidur...Tetapi kepala masih berat untuk diangkat. Sebenarnya ada tiga ikatan sewaktu manusia itu tidur oleh iblis, Bila kita membaca doa bangun tidur terbuka satu ikatan, ambil pula wuduk terbuka ikatan kedua, kerja solat subuh, maka terbuka semuanya ikatan, dan kita pun kembali segar. Amin

ikhtibar dari peristiwa ini:

1. Balasan yang dahsad kepada orang yang malas dan berat kerja solat.

2. Solat adalah ibadat wajib, diutamakan bagi setiap individu muslim.

3. Setiap orang Islam mesti utamakan ibadat dan memelihara solatnay dalam keadaan apa juga sekali pun

Dalil Al Quran suah Al Ankabut ayat 45 kira etinya;

Dan dirikanlah solat, sesunguhnya solat itu dapat mencegah perkara yang keji dan mungkar.

Sambungan siri 10 .

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 10 :

GAMBARAN 5.

Nabi Muhamad saw melihat manusia memakan duri daripada bara api.(Sedangkan duri atau bara api kalau kita terpijak sadikit pun, boleh melompat inikan pula untuk memakan dan menelannya.?)

Mereka ini semasa di dunia tidak mahu mengeluarkan zakat harta bendanya yang banyak, lalu Allah menyeksa mereka diakhirat dengan gambaran seperti di atas tadi. Cerita tambahan:

Seorang saudagar muslim di India dia mempunyai sebuah kilang coklat HACH tiap-tiap tahun dia mengeluarkan zakat hasil keuntungan lebihan perniagaannya. Pada suatu malam tiba-tiba kilang terbakar.

Pengawal keselamatan menalephoninya, Dia hampir terkejut. Kereta Bomba pun dipanggil oleh Pengawal kilangnya. untuk menjadikan cerita, Saudagar muslim India ini pergi sendiri ke kilangnya dan memekek dengan kuat hatinya, sambil berkata:

"Ya Allah Aku membayar zakat setiap tahun kena kilangku boleh terbakar YA Allah??" Tiba-tiba api itu pun berhenti dan padam dengan sendirinya. Kereta bomba yang datang terpaksa balik begitu saja.

Orang ramai yang menyasikan kebakaran itu, semuanya tepingga-pingga.kehairanan jadinya (kerana dia membayar zakat, mungkin api tersilap hendak bakar kilang lain agaknya)

Sambungan siri 11 .Esok atau lusa.