Rabu, 24 Ogos 2011

DIANTARA BUBUR LAMBUK DAN BENDERA



 buat rakyat malaysia

Bertemu juga mereka,
Walaupun dahulu hamper saja
Seperti kongsi raya dengan Gong Xi Fa Chai.

Hari ini kita dapat rasa,
 Rakyat malaysia berbilang bangsa
Diberi percuma bubur lambuk dan bendera.

Dimana dunia melihat,
Tiada rasa perkauman atau iri hati
Cuma pihak tertentu yang main sandiwara.

Hari Raya dan merdeka,
Serentak rasa kita sambut bersama
Demi perpaduan rakyat  negara 1 malaysia. 



Oleh: Nurimanja,
Catatan melihat keadaan.
Petang hari rabu.24hb, ogos, 2011




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

RAMADAN DAN KELEBIHANNYA


Di blan ramadán pintu syurga terbuka pintu neraka tertutup, iblis dan syaitan dirantai


Kenapa ? mungkin maksudnya; Agar manusia tidak dapat menyalahkan iblis dan syaitan, bila sesuatu
Sepatutnya tidak berlaku,kita lakukan juga (sedangkan IBlis dan syaitan terikat bagaimana mahu merasukannya)

Barangkali iblis dan syaitan telah pun menanamkan benih buruk dalam hati kita,bila nak marah, silakan tidak kira bula apa pun.

Petekan sabda nabi muhamad saw.

Tinta Azimad berkata...

8. TASEK MAUT


Pada zaman dahulu ada seorang raja yang setiap tahun membuat pesta di sebuah tasek depan istananya. Sesiapa yang dapat menyeberangi tasek maut itu dia boleh berkahwin dengan salah seorang puterinya.

Itupun kalau bernasib baik, jika tidak ada yang dibaham buaya yang ganas di tasek itu. Pada setiap tahun bila tiba hari pesta itu , ramai anak muda yang dating melihat siapa pemuda yang berani terjun menyeberangi tasek maut itu.

Dalam keadaan tempek sorak orang ramai itu melihat buaya di tasek itu,dan menunggu siapa yang akan terjun, ada seorang anak muda yang kudung kedua tangannya Cuma ada kedua sikunya sahaja.
, Keadaan tolak menolak telah berlaku Si kudung telah terjatuh ke dalam tasek itu, dengan pantas dia berenang sekuat hatinya.Semua buaya di tasek itu agak terkejut bunyi renangan yang agak berbeza pada setiap tahun.

Semua buaya menajadi takut, tambah pula dengan tempek sorak orang ramai yang luar biasa melihat Si kudung berenang menyeberangi tasek maut itu. Akhirnya Si kudung berjayasampai ke berang tasek maut itu. Dia diistihar sebagai juara pada tahun itu.

Apabila tawaran tuan puteri sebagai isteri, Si kudung menolaknya, dengan alasan dia ditolak ke dalam tasek maut itu, Dia mencari si penolaknya tetapi tiada siapa yang mengaku. Dan berkata itu memang haknya. Dia patut terima.


Si kudung menjadi bengung dan terpingapinga, bila tiada sesiapa mahu mengaku, akhirnya dia terpaksa akur dengan keputusan raja itu. Maka jadilah dia menantu raja pada tahun itu.


TAMAT.


ULASAN: setiap usaha kita mesti ada durungan dari sesaorang tetapi dalam keadaan yang kusus atau am kita tidak pasti, oleh tiada siapa berani mengaku dia yang mengajar kita, sehingga kita beleh memperolehi sesuatukejayaan dalam hidup kita .


OLEH; nurimanja,

Diana Sanubari berkata...

JAUH DARI SUDUT HATI

jauh dari sudut hati
walaupun suratan terpilu
ia tetap jadi kekuatan
buat capai segala impian
jadi yang terbaik bagi diriku
baik juga bagi kelilingku
tidak aku dijadikan seorang saja
aku masih punya mereka
mereka yang senantiasa bersama
kala aku suka gembira
kala aku sedih menangis
pasti tangan mereka terhulur
pasti bahu mereka tersedia
jauh dari sudut hati
terima penuh kepasrahan
sujud penuh kesyukuran
merekalah sumber kekuatan
terima kasih sahabat dan tuhan

Diana Sanubari
sajak kesyukuran

Datin Maimun berkata...

ORANG LAIN PUASA JUGA

orang lain pun puasa
kamu juga puasa
mengapa harus merengek
melepek macam kerepek
sendi lemah longlai
langkah lemah gemalai
mata terkelip sampai tersengguk
jadi burung belatuk
orang lain pun puasa
namun tetap cergas
galas segala tugas
tiada langsung terbabas
ingat bagaimana rasulullah dahulu
juga para sahabatnya puasa
dalam lapar dahaga
tetap pikul senjata
tetap maju ke medan perang
tetap beroleh kemenangan
ayuh pegang tanganku
kita bangun usah tidur
kita bangkit usah duduk
kita lawan mainan nafsu
kita jadi hebat…

Datin maimun
sajak buat cucu sy ygbru belajar berpuasa

Ku Dania berkata...

LAUTAN TAK TERBELI

sampaikan rasa sayang cinta ini
Sampaikan semua kurasa
Bantu dia mengerti aku
engkau lautan tak bisa kurangkai
engkau adalah lautan kata
tak bisa kukata dengan hati terbuka
lautan yang tak bisa kuwarna
lautan sunyi yang tak bisa kutembus
walau dengan rindu menghunus
adalah lautan mimpi tak bisa kubeli
walaugadaihati lautantak kumengerti

Ku Dania
sajak jiwa2

Puteri BUnian berkata...

CUBA SELAK

cuba selak lembaran nampak lapuk
berhabuk atas para lama terbiar
tiada tersentuh dibaca dihayati
itu al-quran teragung
kalam tuhan yang esa
mukjizat paling besar
kalam suci penuh keramat
kalam penuh penawar
penawar sakit hidup lahirmu zahirmu
di situ ada panduan segala
kunci segala ilmu
alunkan bacaan merdu
hayati apa tersirat
pasti tenang hatimu
rasa penuh syahdu
pasti terbit air jernih
dari kelopak matamu

Puteri Bunian
sajak psl al quran

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Sdri, Diana Sanubari dengan sajaknya.JAUH DARI SUDUT HATI.Mungkin bagi mengenangkan Kisah ditempat belajar dan semangat dan kerjasama keluarga kawan-kawan dan guru menjadikan Anda layak untuk kombo bulan oktober ini. Berbeza dengan admin. banyak masa tolong kawan siapkan Kerja projek, kasian kawan dah dapat c-. ambil lagi teman kawan dari beruas, ingat kalau tak lulus guna gread yang terbaik, walaupun dia tinggal satu subjet saja lagi.nasib x baik subjet yg satu itu lulus yg utk diperbaiki D+, dulu C+ latas UUM kira keputusan terkini, sepatutnya bagi tahu “Adik jg ambil nanti D dikira gagal!” kini dikira mengulang, tanpa tolak ansur. Tidak ada lulus bersyarat lagi .bukan yang biasanya digunakan yg terbaik.malah pensyarah pun pening dengan senat baru. apakah ini sabotas projek najib 10 ribu bantuan percuma?Dalam negeri pembangkang macam-macam boleh jadi .layak untuk sayembara setrusnya (SM)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Datin Pn. Maimum sajaknya mengenang kernang anak cucu agaknya bertajuk: ORANG LAIN PUASA JUGA. Penceritaanya agak sama lebih kurang dengan kisah jalil jangut dan pak ngah but dengan keluarga anak gadis mereka masing-masing. Datin maimun dengan memberi kata motivasi atau semangat berpuasa besama cerita2 contoh zaman nabi dan sahabatnya berperang dalam bulan puasa. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasa. Sajak ada terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Sdri Ku Dania dengan sajaknya LAUT TAK TERBELI . pembicaraannya tentang jiwa2. Apa pun berkaitan dengan hati dan perasaan. Baginya perasaan hati ini bagaikan lautan yang amat luas terbentang terlalu sukar dinilai atau jika barangan , ianya sukar untuk jual dibeli, jadi beli sahaja sekadar yang termampu, agar tidak membebankan. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasa. Sajak ada terpaksa terkeluar maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011

Sdri, Puteri Bunian dengan sajak CUBA SELAK. Perbicaraannya tentang kitab suci al Quran yang sepatutnya kita baca tiap hari bukan setahun sekali di bulan ramadahan. Kerana di dalamnya, ada mengandungi cerita terang dan tersembunyi, dan dijamin sepajang kehidupan di dunia dan akhirat sehingga akhir zaman, semua ayatnya terang dan nyata.memberi panduan jalan yang lurus dalm segala hal alam kehidupan dan kematian, cerita dunia dan balasan di akhirat. Cuma manusia yang lali dan lupa. Apa pun layak untuk e seterusnya (SM)

Raja Muda berkata...

aik? kudung2 pun dia menang? hahaha

Dam Catur berkata...

untung dia walau kudung jd menantu raja

Badrolshah berkata...

x sangka rezeki dia walau kudung tangan

Julia berkata...

aik? sapa la agaknya aniaya dia

Mozaire berkata...

msti org yg tolak dia menyesal.. hahaa

Nuri jaguh berkata...

bubuk lambuk dan bendera?

Pak Kassim berkata...

sy thn ni dua2 x dpt bubur xdpt bendera pun melepas

Mei Ling berkata...

bubur lambuk tu apa?

Lukiee berkata...

org bkn islam boleh ambik jgk x bubur?

Mr Casanova berkata...

bubur lambuk plak hahaha

Abang berkata...

thn ni best dua2 boleh dpt

Warga Emas berkata...

thn ni unik sikit dua2 benda dpt sekali

Rossa Long berkata...

bubur lambuk berapa RM kalau nk beli ni?

Ravi ramachandran berkata...

cdg nk ambik jgk bubur tp segan la sbb sy bukan islam

Kembara Budiman berkata...

untung thn ni 2 benda dpt percuma

Ustaz Rahman berkata...

thn ni sy x pasang bendera kot? protes sbb dpt bonus setengah bulan saja

Geletek Malam berkata...

kalau bagi duidt raya lagi sebulan xpe ni ni bagi bendera baik xpyh

Nahul Hidzar berkata...

aku pasang bendera kt rumah jer kt kereta x pasang pun

Ustaz Zulkarnain berkata...

msti thn ni jarang org pasang bendera sbb najib hanya bagi setengah bulan saja

Srikandi Juwita berkata...

nk beli mahal dpt percuma ok la jgk bendera ni