Isnin, 3 Januari 2011

HATI SEORANG IMAN




Bila lain pemerentah
lain pula cara pentakbirannya
daripada jawatan seumur hidup
kena pula isi borang jawatan semula
cuma dua tahun sekali layak berkhutbah.

Bila hati seorang iman
bertugas bukan kerana borang
sekadar keikhlasan dan keluhuran
bukan kerana ganjaran dan gelarannya
atau elaun setahun sekali wang zakat dicari.

Tapi demi agama Allah
sahut menyeru dakwah islamiah
selagi ada kerelaan hati  sucimurni
jika terasa bagai dipermainkan jawatan
elok saja si iman memilih berhenti menarik diri.


Oleh: Nurimanja,
bila hati rasa terluka.
jawatan ketua pun dilepas juga.
catatan di masjid Telok Kumbar, 2011.




Ahad, 2 Januari 2011

LARI



kategori sajak paling pendek 2010

    

Mereka-Mereka Itu Lari Bertempiaran
    Mereka Berlari Untuk Merebut Roti
    dan merebut Segala Jenis Makanan
    Untuk Memenuhi Perut
    Mereka Yang Kelaparan

   
OLEH SI KECIL
    2ptg
    20.3.2010




SEBUAH NEGARA ADIL



untuk wujudkan,
se buah pemerentahan
Baladun taiyibatun warabbul ghapur.

Natijah negaradil,
perlukah kita melakukan
perkara mungkar bukan ketelusan?

lantas perlukah,
kita mengunakan laptop
teknologi memutar belitkan fakta?

perlu ingatlah,
kerana dunia tidak abadi
cuma tempat bermain dan suka saja.

Oleh ; Nurimanja,
Telok Kumbar, 5.Mei 2004.
kampung dilanda pembangunan.





Sabtu, 1 Januari 2011

PERJALANAN HIDUPKU



Kategori sajak panjang 2009


Perjalanan hidup ini
akan ku gagahi teruskan jua
walaupun ada duri bakal aku pijak
dalam tempoh berjalan
sehinggalah tahu berlari
aku sering terjatuh
namun tetap mencuba untuk bangun
lekas bangun dari terus alpa
alpa dengan taman2 yg begitu indah
walau aku hampir tergelincir
dan tertarik dengan taman2 itu
namun aku gagahi untuk keluar
setelah aku memasukinya
aku kutip pengalaman
sewaktu dalam taman2 indah itu
aku berlari mengejar sang pelangi
namun kali ini aku terjatuh
jatuh lalu aku tercedera
aku cuba untuk bangun
namun aku tidak terdaya
tapi aku tetap mencuba
malangnya lukaku semakin parah
dalam menahan kesakitan
hadirnya insan..
lalu dibaluti lukaku itu
aku dijaga dan dibelai
dan akhirnya aku mampu terusakn
perjalanan hidupku
namun..
aku terlihat dua jalan
kelihatan kedua2nya menarik perhatianku
namun jalan mana harus kupilih?
yanag pasti membahagiakan aku kelak..


OLEH: PENYAIR AGUNG
SEMASA DI BERANDA RUMAH  32
PUKUL 7 PAGI
Terbit semula 1/1/2011





SALAM MESRA 2011




Selamat tinggal tahun 2010
selamat datang tahun 2011
salam mesra kalian semua!
salam sejahtera 1 malysia.

Esok bersinar mentari pagi
usiaku pun kian bertambah
izinkan aku menyedut udaramu
dalam usia kemelut meniti tepi.

Maafkan aku sahabat CitraRasa
dalam keterlanjuran berbicara
mungkin ada yang menyakitkan
atau menghiris luka hatinurani.

aku yang telah melewati 50han
telah mengenali erti kehidupan
sesekali terasa perjalananku ini
semacam diminta pohon berhenti.

lewat dini hari badan pun letih
bagaimana boleh menjana minda
atau tukar pendapat dengan anda
dengan tenaga tua yang lemah ini
dan sesekali nafas pun naik semput,
hanya menunggu waktu dijemput
kembali kepangkuan Rabbulizati.

 
Oleh; Nurimanja,
waktu menunggu detik
jam12 tengah malam 2010-2011.