Sabtu, 4 Disember 2010

AKU BUKAN MUFAKIR ATAU MUALIM




Aku cuma seorang pencatat masa sezamanku
bukan seorang tokoh sastra dan  di luar negara
mempunyai guru, dan pensyarah berbagai bangsa
lahir dari alim ulamak dan cendekawan ilmuan.

amat aku takuti jika anda tersalah tangkapan
sekadar menilai tulisan yang remeh tidak kesan
janganlah disamakan aku dengan saseorang pun,
bagai alim ulamak, tuk guru atau  seorang ustaz.

Aku cuma seorang perenung di hujung malam
mencatat kisah yang aku kira perlu dicatatkan
memperkatakan apa sahaja yang benar dan sahih
dan bertentangan sesuatu yang mungkar dan jahat.

kerana jika keadaan dibiarkan aku terasa berdosa
allah tidak akan mengitiraf imanku sebelum mati
kerana membiarkan dan bersubahat dengan maksiat
membenarkan kewujudan kejahatan bermaharajalela.


Oleh: Nurimanja,
Catatan tahun lalu
jika hati rasa terluka,
akhir tahun  Disember 2009



Jumaat, 3 Disember 2010

BOM KESABARAN




rasa ingin menangis
rasa ingin meraung
air mata tak mampu menitis
suara lantang tak kulontar
semuanya kusimpan semuanya kutelan
agar jadi bahan peledak hebat
buat diletupkan bila tiba masanya
benteng kesabaran masih kukuh
masih tiada goyahnya
walau sumbu sudah ternyala
masih jua belum meletup
diamku bukan bermakna kalah
diamku bukan bermakna lemah
diamku bukan menyerah pasrah
diamku diam berisi
diamku penuh peluru hidup
tunggu saat menarik picu
nanti baru kau tahu...

Oleh: Saizul Maizav
batu feringgi
11pagi/2010 Julai 10 11:14





Khamis, 2 Disember 2010

PAGI PETANG DUDUK BERSIDAI





Apa lagi hendak dikata,
pagi petang duduk bersidai
bukan anak kecil atau anak dara
malah, mak, atuk, nenek pun ada.
ramai suka bersedai di tepi jalanraya.

kini siapa salah siapa?
Ada juga yang mengandung
bersidai melihat gelagat orang ramai
bila lahir anak cucu suka bersedai juga
kerana mak, atuk, nenek ajar suka bersidai.

Siapa perlu disalahkan,
semacam menjadi tiada kerja
bila berjumpa berkumpul,  bercerita
tak mengumpat,  mengata,  reka cerita,
semuanya ini akan menambahkan lagi dosa.

Apa jadi dengan budaya kita?
sudah sebati dengan penyakit bersidai,
kalau tidak pagi, waktu petang pun jadi juga
perlu nilai diri sendiri, baru nilai anak cucu kita
marahlah  diri kita sendiri sebelum marah mereka.

Oleh: Nurimanja,
catatan di petang hari,
dari jendela kaca, 02/12.2010.


Rabu, 1 Disember 2010

GAGAK RIMBA



wahai merak kayangan
mengapa kau datang lagi
mengapa bertamu di sini
sudah berkali ku katakan
aku cuma gagak rimba
langsung tiada sepadan
tidak mungkin kita seiring
pergilah kau ke sana
bersama teman merakmu
usah kau jejaki lagi aku
kita tak mungkin bersatu
aku tak mungkin jadi merak
tolonglah fahami sedalamnya
bukakan segala kewarasan
bentangkan akal luasmu
pandang jauh ke hadapan
bulatkan mata seluasnya
lihatlah siapa aku
aku gagak rimba
hanya layak di sisi gagak


Oleh: Petualang Tiga
UiTM
2.7.2010/2010 Julai 10 11:16







HIDUP INI LAKONAN



Dalam kehidupan ini,
kita perlu satu lakonan
untuk menghidupkan watak
dalam sesebuah cerita menarik
jika tidak sesiapa pun tidak mengenali anda.


Manusia ini biasanya,
meminati sesuatu yang anih
kelainan bertentangan dengan arus
untuk menjayakan kehidupan kita seharian.

Maka dengan justruitu,
jika mahu kedepan perlulah,
berlakon demi menjayakan episod
yang berbagai gayarupa dalam sebuah cerita
sesakali boleh mengelirukan khalayak memahamnya.

Oleh : Nurimanja,
Pagi hari Ahad, 29/11/2010.