Jumaat, 2 Mac 2012

SI MATA SATU



buat yang masih mahu bersubehat.

Ingatlah Si mata satu
Perjalanan di hujung senja waktu kian  mengisut di kaki langit
masih juga bermain onar dan mungkar
cuba memutar belitkan keadaan sebenar Jangan biarkan bulan dan bintang bersama mentari
menjadi tersenyum melihat gelagat  drama laknat  tanpa skrip.

 
Oleh:  Nurimanja,
berkatalah benar walaupun pahit sebelum nilai perkerti kian jatuh tersungkur.
catatan  tanggal dua tiga hari yang lalu 19hb.Mei, 2011.








30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN:
Sajak en nuri Cuma sebagai peringatan atau cuba menginsafkan buat mereka yang sudah lewat usia masih lagi asyik dan lupa bila diri dibujuk syaitan durjana untuk melakukan perkara mungkar dan onar. Begitu juga mereka yang dipilih menjadi ketua telah menyalah gunakan kuasa, membiarkan membuka rumah- rumah urut yang melampau sehingga boleh membakar nafsu sex, Ini juga dikira bersubahat. kerana kita telah memberi dia satu undi menjadi wakil kita , sekiranya dia gagal dan melakukan maksiat kita juga dapat sepangku dan akan diheret bersama di akhirat nanti.Kerana tidak menghalang kerja onar dan mungkar, malah menyokongkannya pula..

Oleh: Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

Surat Mahathir kepada 3 PM Israel


KUALA LUMPUR 29 Feb. – Berikut ialah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia di sini, hari ini. – BERNAMA
POLITIK

KOMNTAR;

Kita sudah baca tiga surat Dr Mahathir kepada tiga orang mentri israil. Bgaimana pula surat ketua pembangkang kepada Israil.sepatutnya diddahkan juga demi pngetahuan rakyat jelata sebelum memberi sokongan pada PKR. Asalkan jangan main putar belit, dengar boleh percaya jangan itulah sebaiknya untuk dilabelkan kepada mereka banyak
berbohong dari merakah! Harap bacalah banyak akhbar harian lain selain daripada bulten mutiara , suara rakyat dan harakah!

Oleh Geletek Pagi. (petekan akhbar)

Qalam Mutiara berkata...

118.Teksi manaf berkata...

SAAT AKU MENULIS SAJAK (1) L

Saat aku menulis sajak ini,
cuma sebuah sajak sederhana
di ambang petang nan suram
berteman burung-burung pulang
angin samar menebarkan wangi
lewat kucupan sang kupu-kupu
lihat riang bertandang sebentar
kemudian telah meninggalkan
bulu halusnya di putik madu
lalu jatuh menetes rasa manis
pada jejak yang membisu

Oleh: Teksi manaf
sajak simbolik/2 Mac 2012 4:38 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Teksi Manaf Kali ini berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SAAT AKU MENULIS SAJAK Tema sembolik nampaknya .. Pengucapannya bersimbolik pada alam punya pengertiannya tersendiri. Maksudnya Si Penulis bisa mencatat apa yang dilihat sama ada baik atau buruk gelagat manusia dalam hidup ini. . Layak diberi tempat pertama buat sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Qalam Mutiara berkata...

117.Raja Muda berkata...

KANVAS LUKISAN (2) L

Biru tergurat kerana bekas hijau
mula mengalun menuju merah
yang dari dulu tergambar disitu
pada latar biru dan titik hijau.
merah hadirkan pagi
diatas kanvas lukisan itu
terbangun dalam permainan warna.
Saat tergetar imej berpacu
penglihatan terbentuk rona
citrakan kecerahan kemerahan.
Karena aku melukis lukisan
masih tak terlihat rupanya

Oleh: Raja Muda
sajak buat sendiri maaf ayat agak tak menarik tp sajak ni tema politik semasa/2 Mac 2012 4:29 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Raja Muda Kali ini berjaya kali kedua melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: KANVAS LUKISAN Tema isu politik tanah air nampaknya .. Pengucapannya bersimbolik pada warna lukisan. Maksudnya warna tiga parti bergabung telah mengharubirukan keadaan politik tanah air kerana ingin menegakan agenda mereka tersendiri terutama pembankang. . Layak diberi tempat ke dua (2) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Qalam Mutiara berkata...

119.Karim Ghani berkata...

TITIAN USIA INI (3)T

Pada sepanjang titian usia ini
hanya bagai sebentang mimpi
berada ditengah terjaga dan tidur
hingga waktu semakin getir
berbincang pada senja kian memudar
langkah yang telah menyimpan bayang

Oleh: Karim Ghani
sajak tentang kehidupan/2 Mac 2012 4:39 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Cikgu Karim Ghani Kali ini berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: TITIAN USIA INI Temanya bicara tentang kehidupan. Pengucapannya bersahaja dan ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya kehidupan yang hamper tamat ini bagaikan satu bayangan mimpi menanti jaga . Layak diberi tempat ke tiga (3) dalam sayembara puisi Februari 2012

Qalam Mutiara berkata...

114. Roy Rashid berkata...

SENTUHAN ANGIN (4)

Sentuhan angin yang ramah
deru ombak menghempas tebing
pasir berdesir daun menari
tiba-tiba seekor merpati putih
mengais-ngais pasir sendirian
bersandar di bawah rimbunan daun
hati tertarik awan berlari mengejar
lingkaran pelangi di ruang maya
antara jalur warna maya
tersimpan lembaran kenangan
helaian berguguran berganti gerimis
sebuah aturan roda hidup

Oleh: Roy Rashid
sajak simbolik/2 Mac 2012 4:11 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Roy Rashid Kali pertama berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SENTUHAN ANGIN Tema sembolik tanpa penerangan. Pengucapannya bersimbolik pada alam punya pengertiannya tersendiri. Maksudnya semacam mencatat kisah peribadi sendiri sebagai manusia dalam hidup ini ada pasang surut nampaknya.. . Layak diberi tempat yang ke empat (4) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Qalam Mutiara berkata...

116.Haji Abkam berkata...

JANJI AKAN KEMBALI (5)L

Dedaunan hijau melambai tiup angin
ragam jenis pohon jadi tayangan
memberi sesuatu untuk matahari
angin dari asap yang menggebu
runtuh bersama hijau daun
sesaat terdengar suara berbisik
mereka bawa khabar hingga mati
meski nyata ia telah jauh pergi
tapi aku berjanji akan kembali

Oleh: Haji Abkam
sajak simbolik/2 Mac 2012 4:19 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Haji Abkam pertama kali berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: JANJI AKAN KEMBALI Tema sembolik nampaknya .. Pengucapannya bersimbolik pada alam punya pengertiannya tersendiri. Maksudnya ternyata tegas bagaikan memberi amaran dalam percaturan hidup ini asas perjuangan parti mestilah betul dan leluhur, jika tidak ramai akan meninggalkannya. Layak diberi tempat yang ke lima (5) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Qalam Mutiara berkata...

113.Pak Awang berkata...

BULAN TIADA LAGI (6)

Malamku bertukar siang
siangku berganti malam
tapi bulan yang aku kasihi
tetap jua tidak muncul lagi
bulan biasa ku masih setia di situ
aku makin resah menanti
ketika mentari menunjuk diri
angin berhembus lembut
sekadar mengkhabarkan
bulan yang ku nanti selama ini
kini tiada lagi dihati

Oleh: Pak Awang
sajak simbolik sinis politik /2 Mac 2012 4:06 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Pak Awang Kali ini berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: BULAN TIADA LAGI Tema sembolik sinis politik nampaknya .. Pengucapannya bersimbolik pada alam ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya Apa yang diharapkan selama ini bagaikan musnah bila ada perasit dalam perjuangan yang tersasar dari landasan sebenar.. Layak diberi tempat ke enam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Qalam Mutiara berkata...

120. Guru yahya berkata...

TERDIAMNYA DIA (7)T

Saat dia terdiam kita fikir
dia memilih untuk tenggelam
hanyut begitu dalam lautan kata
Ribuan kisahnya terpapar
memikat jiwa yang terpegaruh.
tapi apa benar realitinya?
Hanya sesekali dia menyapa
supaya tidak disangka gila.
tapi belum lagi dia menjawabnya
sementara semua terdiam dan menguap
Kembali dia tenggelam
kisah tiap malam terbungkus diam
Semoga dia belum terlupa
akan adanya kertas dan pena
untuknya menulis semua
kisahnya dari relung jiwa…

Oleh: Guru Yahya
sajak buat sipolan yang pandai main muslihat/2 Mac 2012 4:47 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Guru Yahya buat kali pertama berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: TERDIAMNYA DIA .Tema sembolik sinis politik nampaknya .. Pengucapannya bersahaja pada penuh dengan pengertiannya tersendiri. Maksudnya ternyata ada rasa marah ketidak puasan hati dengan apa yang telah dilakukan oleh tokoh seorang pemimpin konon. Layak diberi tempat yang ke tujuh (7) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Qalam Mutiara berkata...

115. Nahul Hidzar berkata...

SUNTUK (8)T

Mata mengantuk tangan ditekuk
kepala tertunduk hari sudah suntuk!
dingin ini juga terkutuk
Lebih baik kita takhluk kembali
Namun rasa ego tinggal sedikit
di dalam satu ceruk
Sementara batu di taman
masih belum juga begitu

Oleh: Nahul Hidzar
sajak simbolik /2 Mac 2012 4:13 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Nahul Hidzar Kali pertama berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SUNTUK Tema sembolik tanpa penerangan Pengucapannya meragukan namun ada sinis tersendiri. Maksudnya sekadar andaian mungkin perlu ada kesedaran dalam masa yang terdesak dan singkat ini , ada semacam bau politik juga ke? PRU13. Layak diberi tempat yang ke lapan (8) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Kedudukan tempat atau keputusan sayembara puisi blog citrarasa atau citranuri kali ini untuk februari 2012.


1. Teksi Manaf
2. Raja Muda
3. Karimghni
4. Roy Rahsid
5. Haji Abkam
6. Pak awang
7. Guru Yahya
8. Nahul Hidzar

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BERTAJUK: PERGINYA BERSAMA IGAUAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG. 10/12/1983
Siri ke 4


Tuk Limah menyambutnya dengan kedua belah tangan, terasa hatinya gembira, lantas Tuk Limah mencium wang kertas itu, dia amat bersyukur kepada Allah swt atas rezeki yang diberikannya itu , kemudian dimasukkannya dibawah lipatan kain.

“ Pagi-pagi esok aku nak menorah getah , ambil upah di hujung kampung, Sebelah petang aku nak mencari buluh buat bubu lagi di kebun seberang.” Kata Tuk Wan Durani kepada Tuk Limah di satu malam

Begitulah sikap Tuk Wan Durani selalunya. Hasil ambil upah potong getah dan jualan bubunya itu diserahkannya kepada Atuk Limah. Dia meletakan penuh harapan soal belanja dapur dan peralatan rumah kepada Atuk Limah.

Tuk Limah masih lagi ingat, bagaimana Tuk Wan Durani meletakan penuh kepercayaan kepadanya, sehingga tembakau lambak kegemaran rokok daun nipah Tuk Wan Durani dia yang membelinya.

Tuk Wan Durani tidak pernah makan atau minum di kedai kopi, tidak pernah membeli sesuatu yang sia-sia, Malah apa yang dibeli oleh Atuk Limah , itulah yang diterima, termasuk juga pakaiannya , Tuk Wan Durani tidak pernah membantah

Inilah satu sikap yang membuat hati Tuk Limah amat kasih dan saying kepada Tuk Wan Durani , ketiadaan Tuk Wan Durani, bearti kemusnahan segala-galanya, malah hari-hari yang dilaluinya kini tidak seindah hari-hari sewaktu bersama Tuk Wan Durani dulu.

Terasa oleh Tuk Limah takdir agak kejam, merengut segala harapan dan pengantungan hidupnya selama ini, bersama Sanah dan Suria. Malah di hari-hari terakhir bicara Tuk Wan Durani sebelum dia meninggal dunia, masih lagi terengang-engang di cuping telinganya.

“Ilmu itu lebih berharga dari segala-galanya Limah, oleh itu aku akan berusaha sedaya upayaku untuk membantu persekolahan Sanah dan Suria ini. “ kata Tuk Wan Durani kepada Tuk Limah isterinya. Waktu itu dua orang cucunya telah pun masuk tidur.

BERSAMBUNG ESOK.

Jalal Rafzee berkata...

KUM 1

1 Ayu Manja
2 Pangeran Pertawa
3 irham kesuma
4 mak Mah

KUM 2

1 syah inderapura
2 Hajjah Jamilah
3 Mona
4 haji khali

KUM 3

1 Sarah
2 Dang Anum
3 Taib
4 Ungku Zubir

KUM 4

1 Datin Maimun
2 Nurul Syahirah
3 Penglipur Lara
4 Putera Damien

KUM 5

1 Nur ATikah
2 Maisarah An Nisa
3 Ustaz Zulkarnain
4 Asyar Mujid

KUM 6

1 Nurse Lisa
2 Salina
3 mentari Senja
4 Haji hamdan

KUM 7

1 Ummu Akilah
2 Puteri Lilin
3 Satria Juragan
4 Salleh Muhamadon

KUM 8

1 Dayang
2 Zuraifah
3 Hafiz Zikrillah
4 Ali Conan

Penyertaan yg sy terima kalau nama yg x senarai bulan dpn baru msuk

kembara Budiman berkata...

Mahatdir ada hntar surat kt pm israel ke

Zainal Arifin berkata...

eh! surat apa yg dr mahatdir hntr tu?

Mentari senja berkata...

apa kndungan dr mahatdri hantar tu?

Mentari Senja berkata...

dekat setahun sy x msuk blog ni byk yg dh berubah.... ada sayembara x lagi??? sy dlu di oversea study sana xda masa nak tgk blog minggu lps dh hbis study baru dtg sini balik

Dam Catur berkata...

xde cerpen ke kali ni en nuri?

Jalal Rafzee berkata...

sy lps sajak utk hari ni ada 4 org... tp bulan 3 ni hanya ada 8 kumpulan saja x apa ke en nuri??? x ckup 16 mcm dlu sbb byk x respon pun psl penyertaan sayembara kali ni

Ezad Emir berkata...

cerpen mne

Lukiee berkata...

kandungan apa dr mahatdir hntr tu?

Salam berkata...

dia kutuk pm israel ke tinta?

Pangeran Pertawa berkata...

MENCABAR KEPAYAHAN

setiap yang wujud berfungsi
sederap langkah akan ditanya
kenapa murung berputus asa?
Mari mendaki semangat diri sendiri
sama sukarnya menakluki Everest
tiada emas di puncak sana
pulangnya tanpa janji duit seguni
cuma emas lain dimiliki
lulus ujian mencabar kepayahan.

Pangeran Pertawa
sajak simbolik

Ayu Manja berkata...

ZIKIR MEWANGI

zikir mawar mewangi
seluruh kehijauan daun
nikmat dirasa bersama
kicauan burung kesyukuran
bulan bintang berdoa
alam kemanisan berpanjangan
telah tertanam pohon akrab
merentasi sempadan curiga
kerana selama berkebun di sini
semua bangga berpadu tenaga
julang setia tak ternilai harga

Ayu Manja
sajak simbolik

Mak mah berkata...

SALAHKU

tertawa dan menangis karena cinta
sungguh demikian
seperti sebuah impian
nyata saat kau ada terasa kosong saat kau pergi salahku
sakit sekali setelah tertusuk
hanya dapat memuja dari jauh
hanya dapat berkata dari dalam

Mak mah
sajak dari anak teruna sy maaflah qalam sy selalu minta tolong anak2 sbb sy sendiri pun x reti tulis sajak ni

Ali COnan berkata...

KEMBALI

kembali sekian lama terpisah
akhirnya jumpa kembali
sekian lama hilang
cinta masih di hati
kini datang tetap dengan cinta dulu
debaran yang sama
kobaran asmara membara

Ali Conan
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

4 Mac 2012 10:57 PTG

1.Pangeran Pertawa berkata...

MENCABAR KEPAYAHAN (LSS)

setiap yang wujud berfungsi
sederap langkah akan ditanya
kenapa murung berputus asa?
Mari mendaki semangat diri sendiri
sama sukarnya menakluki Everest
tiada emas di puncak sana
pulangnya tanpa janji duit seguni
cuma emas lain dimiliki
lulus ujian mencabar kepayahan.

Oleh: Pangeran Pertawa
sajak simbolik/4 Mac 2012 11:10 PTG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Pengeran Partawa kembali lagi masuk ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENCABAR KEPAYAHAN Tema simbolik Pengucapannya boleh diterima Maksudnya sebaik manusia perlu ada semangat betawakal atau berusaha, kemudian berdoa dan pasrah kepada penciptaNya. .Amin .Layak diberi peluang untuk sayembaraseterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

2. Ayu Manja berkata...

ZIKIR MEWANGI (LSS)

zikir mawar mewangi
seluruh kehijauan daun
nikmat dirasa bersama
kicauan burung kesyukuran
bulan bintang berdoa
alam kemanisan berpanjangan
telah tertanam pohon akrab
merentasi sempadan curiga
kerana selama berkebun di sini
semua bangga berpadu tenaga
julang setia tak ternilai harga

Oleh: Ayu Manja
sajak simbolik/4 Mac 2012 11:11 PTG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri. Ayu Manja kembali lagi masuk ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: ZIKIR MEWANGI .Tema simbolik nampaknya Pengucapannya boleh diterima Maksudnya Setiap kita perlu mengekalkan keadaan yang ada di negara kita tidak kira bangsa dan agama . jangan melakukan kerosakkan. .Layak diberi peluang untuk sayembaraseterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

3.Mak mah berkata...

SALAHKU

Tertawa dan menangis karena cinta
sungguh demikian
seperti sebuah impian
nyata saat kau ada terasa kosong
saat kau pergi terasa sepi
adakah kerana salahku
sakit sekali setelah tertusuk
hanya dapat memuja dari jauh
hanya dapat berkata dari dalam

Oleh: Mak mah
sajak dari anak teruna sy maaflah qalam sy selalu minta tolong anak2 sbb sy sendiri pun x reti tulis sajak ni/4 Mac 2012 11:13 PTG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Pn. Mak Mah .kembali lagi masuk ujian kelayakan mengetengahkan sajak anak terunanya yang bertajuk: SALAHKU. Tema semacam penyesalan agaknya Pengucapannya terasa semacm jiwa2 ceritanya .Maksudnya bila ada tidak bersuara, bila pergi terasa sepi,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

4. Ali Conan berkata...

KEMBALI

Setelah sekian lama terpisah
akhirnya kini kita jumpa kembali
biarpun lama nian terpisah hilang
namun cinta masih besemadi di hati
aku datang tetap dengan cinta dulu
masih debaran jantung yang sama
berkobaran dilanda asmara nan membara.

Oleh: Ali Conan
sajak simbolik .4 Mac 2012 11:16 PTG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ali Conan .kembali lagi masuk ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KEMBALI.Tema simbolik katanya. Pengucapannya terasa benar diserang penyakit jiwa2 sadikit pembetulan Maksudnya biarpun berpisah hati masih tetap mencintainya. ,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)