Ahad, 22 Februari 2015

.JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT



JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT


Ketika kamu mengangkat kedua tangan untuk takbir
samalah seperti kamu menyerah mengaku kalah
ketika kamu qiam berdiri tegak tidak bergerak
samalah seperti pokok nibong,pinang dan kelapa,
ketika kamu rukuk mendatar tulang belakang
samalah seperti haiwan yang bejalan lembu dan unta
ketika kamu duduk pula di antara dua sujud
samalah seperti katak kera moyet lotong gorila
ketika kamu sujud dahi ke tanah hinanya rasa
samalah seperti kekura ular cacacing serangga melata.


Setelah kamu kenal akan nilai hikmat solat ini
berastaffarlah betapa hina dinanya kamu di sisi Allah
menjadikan dan mencipta segala petala langit dan bumi
betapa kita cuma dijadikan dari setitik air najis
percantuman di anatara binih lelaki dan perempuan
mengapa mesti angkoh, sombong, bongkak dan takabur
dari tanah asalnya kita dan kepadanya kita kembali
makan dan minumlah rezeki yang Allah berikan kepada kita
mengapa mesti buat satu kerosakan di muka bumi Allah ini?
sesungguhnya hidup dan mati kita kepadaNya jua kembali.


Oleh  : Nurimanja,
Balik Kuliah Malam Telok Kumbar,
15/2/2010.

Selasa, 17 Februari 2015

MELAYUKU KINI RETAK TIGA



MELAYUKU KINI RETAK TIGA

Melayuku kini kian tenat,
bila hendak dikira terasa malu
jika tidak dikira bertambah terharu.

Dulu cuma retak dua saja,
kini bertambah retak tiga pula
tidak kira pula yang  kepala lembu.

Apa direbut pisang sesikat?
dibuat gulai dapat sebelanga
bukankah baik kita bermufakat
hidup atau mati  berkerjalah sama.

Oleh ; Nurimanja,
Biarlah menyering jangan telangkup,
21hb, February, 2010 petang hari 


Khamis, 12 Februari 2015

MASA TELAH MERAKAMKAN CERITA KITA MENJADI SEJARAH.



MASA TELAH MERAKAMKAN CERITA KITA MENJADI SEJARAH.

Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita di dunia ini
Semuanya telah tersurat dan tersirat di lulmahput sana
Sebagai hamba Allah Kita tidak boleh menafikannya
Kerana qada dan qadar  adalah ketentuan Allah swt.

Jangan cuba melawan takdir dan mengubah ketentuan
Kerana Allah maha berkuasa dan maha amat mengetahui
Setiap cerita sama ada baik dan buruk yang kita lakonkan
Pasti ada catatan ganjaran atau pembalasan diakhirnya

Itulah se buah kehidupan yang amat perlu kita renungi
Buat mahkluk bernama manusia genarasi lama dan baru
Kerana kebaikan dan kesilapan yang kita lakukan di dunia ini
Menjadikan contoh pengajaran dan ada hikmah di sebaliknya.

Oleh: Nurimanja, PK.
Catatan pagi hari jam 5.00
11 Februry 2010.

Sabtu, 31 Januari 2015

MENGAPA KITA MESTI TIDAK BERNAMA ?


MENGAPA KITA MESTI TIDAK BERNAMA ?

Papa dan Mama ?
benarkan lah aku dalam mengharungi hidup ini,
cuma dalam perjuangan yang sedikit memburu cita
kerana telah aku hafaz sejarah datuk nenek kita
belum ada seorang pun yang mencipta bernama
akulah yang akan memulakan merombak segala corak
yang selama ini  mencengcam dan menghalang hidup kita. 

Papa dan Mama ?
Perpisahan ini bukanlah hukuman yang paling kejam
kerana perpisahan yang paling besar pasti kita lalui
demi ke hitaman malam dan air sungai  keruh pekat
akan aku gagahi menyambung segala cita-cita terpendam
untuk se buah nama datuk nenek yang belum bernama
agar sama dengan datuk nenek orang lain yang bernama

Papa dan Mama ?
Perjalanan ini  adalah terlalu amat sangat mencabar
lahir dari darah datuk nenek kita yang belum bernama
akulah yang sepatutnya akan memulakannya dari sekarang
siapa lagi yang sepatutnya kita ingin tunggu dan harap
untuk menunggu anak cucu dan cicit piut yang belum lahir
jangan dibiarkan sehingga keturunan kita pupus di akhir zaman

Papa dan Mama ?
Hanya pengorbanan inilah yang cuma dapat aku lakukan
walau pun  menjadi pendidik kecil di daerah pendalaman
bagi membuktikan kepada keturunan anak cucu cicit kita
aku akan melakar sejarah dan menggadai usia remaja
demi bagi menghidupkan sebuah nama yang belum bernama
pada keturunan datuk nenek kita yang belum mencipta nama.

Oleh Nuri manja,
Tanjung Nipis Kuala Kurau, Perak.
8\4\80 petang hari  Gambar Cuma hiasan .

Khamis, 29 Januari 2015

JANJI ITULAH

JANJI ITULAH 

Dicetusnya dedaun perang
pada saat ini
kelmarin ada getah merah
mengering di jejari halus.
biar bersungguh ia menyembunyikan
wajah hati berparut pahit segala.
sekilas kerdip cahaya songsang
tumbuh bebayang kesakitan,
serba gerun di kaca calar 
retak melintang semakin
bergelap dari cahaya
bertambah sulit nafasnya,
berbaur serba
kenangan ketika manisnya
menipis pergi
terjenguk wajah-wajah sinis
tersenyum, senyum yang sinis !
dedaun perang digetusnya
satu, dua melayah tanah
yang jarang-jarang rumputnya
memecah deretan semut-semut hitam.
janji itulah mesra rayu itulah
kekuatan lelaki kelemahan buatnya.
dan saat matanya tiba di deretan
semut-semut hitam yang tiada sukar
melepasi daun-daun perang di hujung kakinya
sebak hati kian membesarkan kekesalan, dialah
dedaun itu digetus dengan janji
mesra dan layu seorang lelaki.

Oleh:Syeikh Al Habib
sajak dgn bantuan rakan2 di majsid/2011 Februari 5 13:39
Seorang penulis berasal dari luar negara ahli blog Citeranuri