Rabu, 30 Jun 2010

MIMPI Yang MENGEMPARKAN



tetiba pintu langit terbuka
semua benda beterangan keluar
aku menjadi panit dan takut
ramai yang menjerit menempek
bagai orang gila hilang akal.

Sebentar kemudian lalu pula
sebuah bahtera kayu amat besar
aku bertanya bahtera apakah itu?
ada yang berkata bahtera nabi Noh
rasa mahu pengsan lalu atas kepala.

Sampai kini masih terbayang
mimpi anih yang sukar dilupakan
apakah maksud takbir mimpiku itu?
puas mencari menjadi tanda tanya
sehingga kini masih belum mengerti.

Oleh: Nurimanja,
mimpi benar yang anih dalam hidupku
catatan lama 15 tahun lalu /29/6/2010

Selasa, 29 Jun 2010

JANGAN MUDAH KELUAR PATUA



Betapa kepintaran akal,
boleh pula diperbodohkan
anak kecil celik diarah
berbaris ditengah panas
cuma memberi tabib hormat
kepada si pendurhaka negara.

Lihat terangganu kini,
dahulu mengkapir di belah sini
sebab kerjasama non-muslim
kini situasi sudah terbalik
kapir ada di dua belah pihak.

Jausteru itu ingatlah,
jangan mudah mahu menghukum
Tuhan pula akan menterbalikkan
hati orang mengeluarkan pattua.

Oleh: Nurimanja,
Mengenang sesuatu yang tidak patut,
mengkhianati amanat haji Yusof rawa,
catatan beberapa bulan yang lalu 2010.


Isnin, 28 Jun 2010

SESAT DALAM KELAMBU



Mimpikah aku?
Bila sesat dalam kelambu,
kemana hilangnya pintu kelambu
bebapa kali aku cari tak juga jumpa
membuat keputusan kecewa hingga kesudah.

Apabila aku
mengambilkeputusan
Sambung tidurku semula,
lalu aku tersadar kali kedua
barulah terjumpa pintu kelambu semula.

Bukankah anih?
tidak pernah berlaku
dalam hidup atau sejarah,
tetapi itulah yang berlaku pada diriku.

Oleh: NUrimanja,
sewaktu usia masih rumaja,
dalam rumah kampung banyak nyamuk.
30 40 tahun yang lalu catatan 2010.

Ahad, 27 Jun 2010

SOLIPUT SOLEH DENGAN TUKANG GUNTING



Masuk seorang soliput soleh dalam kedai gunting
ingin mengunting rambunya kerana beribadat
dilihat tanda harga lalu soliput soleh pun bertanya
tuan, tidakah boleh dikurangkan sadikit harganya?
jawab tukang gunting dengan selamba berkata,
janganlah berkira sangat dalam kerja ibadat ini,
setelah  masuk soliput solih terus duduk di kerusi
mengapa tidak mengadap qiblat bukankah sunat,
selepas membetulkan kedudukan soliput soleh diam
mengapa tidak berzikir dan bertasbih dapat juga pahala,
setelah selesai wang dibayar soliput soleh mahu pergi,
Ada baiknya solat dulu dua rakaat tanda kesyukuran,
Soliput soleh terus berkata kepada tukang gunting itu
tuan sepatutnya tidak layak menjadi  tukang gunting
ilmu tuan sebenarnya lebih tinggi daripada saya.

Oleh: Nurimanja,
Catatan caramah bebas,
di utara tanah air awal 2010.

MENJADI ORANG DIMULIAKAN



Menjadi orang dimulia
atau pun yang disegani
bukannya susah atau payah
cuma dengan hati ikhlas
bercakap biarlah benar
bukan dengan putar belit.

Kejatuhan kita pun
adalah kerana kita juga
kerana kita cuba melangkah
dengan cara gaya tempang
cuma bermain kejahatan
bukan dengan keikhlasan

Anugerah kemuliaan kita
gerak hati nilai manusia
bukan diminta atau dipuja
tetapi ianya datang sendiri
bila ramai manusia melihat
dari sikap keikhlasan hati.

Bila kita rasa dimuliakan
mengapa menjatuhkannya pula?
bukankah ini satu kedudukan
tidak perlu tersungkur lagi
tetapi kita termakan bujukkan
dari agenda iblis dan syaitan


Oleh: Nurimanja,
Bila hati sudah luka,
buat apa tidak kena saja.
Malam hari Tanggal 3hb, Mei, 2010.