Ahad, 6 Jun 2010

BERJALAN DI TANAH PERKUBURAN

-puisi dalam sebuah mimpi-

Berjalan di satu lurung tinggi
di lereng di sebuah kaki bukit
bertemu tanah perkuburan anih
aku melihat bersama dengan anakku
kubur-kubur ratusan tahun lamanya
tiap kubur penunggunya pakaian putih
rambut,jangut,kening panjang perang.
menjadikan aku rasa panit dan takut
setiap penunggu ada berbilang bangsa
persis mereka bagai patung bernyawa,
tidak bergerak cuma nadi masih ada
dihujung tanah perkuburan itu pula
ada saekor singa jantan sedang baring
besar,garang,tetapi tidak memperdulikan
anakku berjalan lambat, tetapi selamat.

Oleh: Nurimanja,
mimpi yang sukar dilupa,
sedang mencari tafsirannya.
jam 1.00 pagi, sebelum terbit sajak.
di blog citrarasa 2hb, jun, 2010.

Sabtu, 5 Jun 2010

MASIH ADAKAH MATAHRI ESOK




Seorang tua yang dhaif,
Terpisah dari dunia kecintaanya
Sesekali kerinduannya berbunga kembali
Terasa akan belaiyan angin laut mencumbuinya
Mesra pada sendi dan tulang temulang tuanya
Lalu membangunkan segala urat-urat keras
Yang sekian lama tidak mngalirkan keringat

Seorang tua yang dhaif,
Terkenang sayu pada deruan ombak
Sesekali risau menilai tubuhnya yang surut
Bersama airmata perjuangan yang hampir pupus
Dicengkap perik derita sepanjang zaman mudanya
Laut kekasihnya yang tidak pernah membalas cinta
Masih ada lagikah matahari pagi esok buatnya
Untuk membilang usianya di hari-hari terakhir …….


Oleh; Nurimanja,
Pantai Belawai, Sarikei,
7hb, September, 1981.

DI ANTARA SIANG DAN MALAM



Mana dulu antara malam dengan siang?
kalau duhulu langit dan bumi bersatu
sebelumnya keadaan adalah kegelapan
jadi pastinya malam hadir terdahulu,

semua cerawala begerak mengikut obek
disusun mengikut penciptaan keduanya
edaran malam siang langit pada bumi
satu nekmat kepada kamu wahai manusia,

beribadatlah kamu sebagai tanda syukur
kerana hidup makan dan tidurj uga nekmat
semuanya kurniaan yang tidak ternilai.
buat renungan sebagai hamba umat manusia

OLEH ; Nurimanja
Jumaat Pagi Hari.
Pulau Mutiara.
hujung Mei, 2010.

Jumaat, 4 Jun 2010

PBB SEPATUTNYA MENGAJAR SI BANGSA DEGIL INI



Dunia telah muak melihat puluhan tahun lamanya
manusia cuba bercakap,berunding,dan berbincang,
tetapi,buat si bangsa degil tidak mudah tunduk.
Melainkan senjata saja yang layak mengajarnya,
bagi menyelesaikan segala kemelut berpanjangan.
haiwan melampau ini,rangkus, kejam,dan biadap,
hanya dengan kekerasan sebagai ubat menyedarnya
Jika benar PBB ikhlas menjaga keamanan di dunia.

Oleh : Nurimanja,
Bayan Baru, Bayan Lepas
sini terharu sana terbabas,
Umat kita masih diperodohkan. 29/5/2010.


Khamis, 3 Jun 2010

BILA GEMBALA MENIUP LAGU



Mendengar si anak gembala mendayu meniup lagu
mendendangan irama senandung seruling bambu
kedengaran melewati di padang nan terbentang
hingga tertarik ratusan hati kambing dan lembu
kemudian semuanya memasuki ke dalam kandang
dimana dijanjikan jamuan hendak dihidangkan
cuma sekadar rumput kering bukanya rumput segar
malah semua kata-kata tidak pun dapat dikotakan
menceritakan pula mimpi indah dalam tidurnya.
Kini kekambing dan lembu mula rasa tertipu
banyak yang dahulunya  dipujuk, kini mula merajuk
malah ada yang  terasa dirinya bagai telah diperdaya
mendengar irama tiupan seruling anak gembala
kerana taksup mereka sanggup melakukan apa saja
demi melaksanakan agenda irama seruling senja
namun buat yang jemu tidak sebulu boleh dihalau
kini mula sedar ada yang melompat keluar pagar
kerana tertipu irama merdunya seruling bambu.

Oleh :  Nurimanja,
Catan bulan April 2010.
ketika sesat di Permatang Pauh