Isnin, 7 November 2011

SEBUAH ZAMAN YANG AKU LALUI DALAM PERALIHAN MUSIM-MUSIM.





SETELAH
Aku mengerti kini, Bahawa hidup ini,
Satu kembara .....................................................................
Yang jauh ....................... lalui zaman dan musim-musim .
Betapalah musim yang masak;
Satu keriduan ......... mulai luntur tiada hebat
Cuma meniti  .......... dalam hari-hari yang menanti
TETAPI
Alangkah zaman kemuncak kegemelangan
Adalah meliputi musim-musim yang muda
Punya emonsi dalam ribu pergolalakan imaginasi
Cita-cinta-kemesraan hidup bersama
Diantara jodoh yang dikecapi dalam meniti hari
DAN
Betapalah zaman pertama
Dengan suara pertama
Palimg tiada mengerti tentang perjalanan dan kehidupan
Namun tetap terus ...............meniti dalam musim berputik
Kegundahan dan kebimbangan merangkak
Kehidupan mencari pengertian yang unggul
JUSTERU
Dalam rakaman hidup ini ..... mungkin pasti
Ada zaman yang mesti kita lalui
Dalam musim-musim, musim-musim, musim-musim .......


Oleh; nurimanja Pk.
Tanjung Nipis  petang    Hb26\4\74.Siar PERENTAS.
Siarsemula 7hb,November 2011.



Ahad, 6 November 2011

PESTA ARFAH




Dini hari,
Di padangmu banjir lagi Arfah
dngan pesta tetamu pencukup rukun
hadir dari pelusuk dunia fana
dalam satu perhimpunan agong
kerana disini tiada lagi beza dan kasta
cuma mengambedikan diri  dibawah seruan Iiahi
bersma suara kudus yang bergema sama
pada hati tersisip rasa insaf dan pasrah kepada Allah

Dini hari,
Dipadangmu banjir lagi Arfah
dalam pesta suka duka bergema sama
di hati mengalir darah cusi murni
datang sujuk dan tawaduk pada Allah yang Esa
bertasbih,bertahmin,bertahlil,dan bertakbir
disini tiada lagi beza kulit dan rupa disini tiada lagi meskin dan kaya 
disini tiada lagi darjat dan pangkat disini Cuma satu sahaja penilaiannya
rasa ketinggian iaman dan takwa kepada Allah swt.


Oleh; Nurimanja,
Telok Kumbar  21\9\98 /siar semula 6hb November 2011.




Sabtu, 5 November 2011

IBADAT HAJI TIBA LAGI




- catatan buat mereka yang belum jadi tetamu allah -


-Zulhujjah!
Bulan pencukup rukun
Buat menunaikan ibadat haji Berkunjung ke tanah suci Mekah,
Beribadat bertawaf mengelilingi baitullah
Mengucup hajratul aswat, membersih segala dosa

Masjid nabawi
Ada sejarah tersendiri,
Berdiri mengah di kota Madinah Disinilah terletanya makam rasulullah
Setiap salawat solat pahalanya berlipat ganda
Ziarahlah makam rasul sempuna lah segala umrah.

-Berlari-lari anak
Bersyair sebelum bercukur
Dari bukit Safa hingga ke Maruah Memungut tujuh ketul anak batu kecil
Sebagai  sembolik buat melontar tiga jumrah
Dalam hati britikat merejam syaitan iblis laknatullah.

-Di Muzalifah
Jemaah mula bercukur
Sebelum bertolak bermalam di Mina Esok berangkat berwukuf di padang Arafah
Disinilah berdoa bermunajat memohon segala hajat
Bila pulang ke tanah air semoga mendapat haji mabbrullah.

 
Oleh: Nurimanja,
Lebuh Aceeh , Masjid Melayu,
Aruah sebelum sekitar  1996  Pulau Pniang.




Khamis, 3 November 2011

KITA SERING BERGELUT MEMBURU KEJAYAAN






Saban pagi kita bergelut
dahulu kemudian memburu kejayaan
dalam perjalanan yang sadikit
dan mengerikan ini.


Begitulah arti kehidupan
ketika wajah kita meniti usia senja
kita alpa yang perjalanan ini
kian hampir tamat dan berhenti


Oleh; Nurimanja,
catatan hari-hari terakhir cuti persekolahan
 15 / 10 / 2002  terbit semula 3hb. November 2011.




Rabu, 2 November 2011

MALAIKAT MENDOAKAN ORANG BERIMAN






Biasanya orang yang beriman
sentiasa sahaja mendapat kemenangan
kerana Allah itu amat maha mengetahui dan berkuasa
tentang apa yang telah mereka lakukan.

Biasanya tanda taat  kepada Allah
mereka dengan banyak berzikir tanpa berhenti
minta ampun dan membersihkan dahulu  akan dirimu
kemudian barulah minta kepada Allah.

Biasanya orang beriman kepada Allah,
kitab,rasul, malaikat  hari kiamat dan qada dan qadar
mereka sentiasa sahaja berastaghfar tanpa henti
selain bertahlil, berzikir  dan bertahmid
sehingga para malaikat mendoakannya .


Oleh: Nurimanja,
Bandar Baru Telok Kumbar,
Catatan daripada Akhbar kosmo.25/10/2011.