Sabtu, 4 September 2010

CUMA TINGGAL MEMORY



Kehidupan ini
tersisih dari segala
ketandusan dan kerinduan
yang tinggal cuma kenangan
kerisauan suara hati di dalam
bagai tenat yang tidak dapat diubati.

Lelagu puisi
masih juga bepuput
melewati jendela angin malam
bersama gugusan air mata resah
hasil keperitan hidup luka parah
dari seorang anak muda yang kecewa.
diserang satu penyakit yang berpanjangan.

Oleh ; Nurimanja,
Tempat lahirku Di Perak.
29/12/1977.

Jumaat, 3 September 2010

KINI AKU PUN MENGERTI



Dalam percaturan ini,
terasa aku telah tertipu
pada  kata janji manismu
pada  semangat jatidirimu
pada keikhlasan hati nuranimu.

Mengertilah hari ini,
satu yang aku harapkan
kepalsuan dan kecelaruan
susah untuk menganaliliskan
semuanya ada helah tersendiri.

Jika ada  hari esok,
usah lagi kau menunggu
sebuah kemesraan dariku
semua janji hangus terbakar
di api keraguan dan kemusnahan.

Pada hari  hadapan,
pun untuk sanpai bila-bila
aku kini telah pun mengerti
katamu, semangat dan keikhlasan
semunya adalah bicara tiada harga.....

Oleh : Nurimanja,
Jalan Siakap, Kuala Kurau,
27hb Juklai, 1977


KEMBALILAH KE LANDASAN SEBENAR



Jika kamu telah jatuh
bangun! perbetulkan semula
dari perjalanan yang tergelincer
kembali segera ke lantasan yang sebenar
agar niat dan arah tujuan kamu tidak tersasar.
Bagaimana keretapi laju?
tidak akan meneruskan perjalanan
jika tidak berada di lantasan sebenar
terlalu sukar untuk sampai ke arah tujuannya.
Begitulah kita yang tergelincer
segeralah bermuhasabh diri sendiri
kembalilah segera ke jalan yang sebenar
semoga kehidupan ini penuh bermaana
sebelum perjalanan kembali kepangkuan Ilahi. 
Oleh: Nurimanja,
Bagan Serai, Perak.
Pekan kecil tempan aku bermain. 
kini cuma tinggal memori 1978

Khamis, 2 September 2010

JANGAN BIARKAN EMPAYA MELAYU BERAKHIR



Melayuku kini kian terharu dan buntu
diserang kecelaruan minda bermaharajalela
hindarkan supaya jangan ada peristiwa 1511
bagaimana terkuburnya  empaya melayu terakhir.

Kini awas empaya melayuku abad 2011
jangan biarkan  kisah silam berulang laku
bila mmelayuku menolak usaha bersatu padu
dikuateri mungkin lambaran tragedi hitam berlaku.

Belajarlah erti sejarah peristiwa yang lalu
jangan ada di antara kita suka berpecah belah
dikuatiri kita akan kembali diperentah dan dijajah
maka waspada ! wawasan 2020 akan turut musnah.

Oleh: Nurimanja,
waktu kembali ke desa lama
melihat penduduknya pecah tiga.
bertambah maju kuat agama, tapi x sepurna.


Rabu, 1 September 2010

KITA YANG TUA INI



Aku pun mengerti,
bila sudah tua begini
keletihan acap kali terjadi
bukan kira puasa atau tidak
sebenarnya begitulah bila sudah tua.
Dalam bulan puasa,
keletehan bagai bergayut
dimana-mana sahaja aku berada
sepanjang hari dan waktu aku diburu
kedhaifan yang telah longgar segalanya.
Aku yang sudah tua,
berdiri pun bagai anak kecil
cari penahan dinding atau kerusi
untuk bangun setiap kali untuk berdiri
bukan kerana puasa ataupun  tidak puasa
sememangannya begitulah keadaanya aku rasa.

Oleh: Nurimanja,
Jalan ke Getak Sangul,
Pulau Pinang, 29h Ogos 2010.