Jumaat, 15 Oktober 2021

UTUSAN NAFASMU BAGAIKAN TERHENTI










UTUSAN NAFASMU BAGAIKAN TERHENTI

 
Sudah di takdirkan!
Buat sebuah akhbar Utusan Melayu
Setelah hamper 80 tahun membawa khabar ?
Setiap pagi setia menyediakan wadah wacana minda
Dengan berbagai berita dan rencana dari dalam dan luar negara.
 
Utusan melayuku !
Kini nafasmu bagaikan terhenti ?
Dizaman penuh mencabar dan serba pantas
Bila minda anak bangsamu telah pandai dan bijaksana
Kau telah mengasuh beberapa orang tokoh sebagai pengarangmu.
 
Jika kau berhenti!
Ternyata pembaca setiamu kecewa?
Pekerjamu dari pengarang hingga tukang sapu
Telah melalu zaman keperitan dan zaman kegemilangan
Kini airmata kasih berjujuran sebak dada menanggung rasa kekecwaan.
 
Entah kenapa ya!
Tetiba takdirmu datang bertandang?
Terpaksa menutup operasi berjalanmu selama ini,
Apakan daya ketua pengurusan syarikat Melayu Utusan.
Masalah zaman digital menguasai setiap sudut wacana kehidupan insan.
 
 
Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 5.50 pagi hari
Tanggal Sabtu 13hb Oktober 2019.
 
 

Tiada ulasan: