Jumaat, 15 Oktober 2021

BUAT AHLI POLITIKKUS TANAH AIR






BUAT AHLI POLITIKKUS TANAH AIR 
 
Kini bukan lagi zaman
Mendewakan seorang ahli pedatu
Tokoh yang berwibawa bila berceramah di atas pentas
Dengan mendapat tepok sorak jerit pekek sehingga mengegarkan dewan
Sehingga berminggu , berminggu berbulan dan tahun ucapannya masih terngang di telinga ?
 

Tetapi kini khalayak
Menilai kerja yang dilakukannya
Sekadar bercakap berdegar kerja haram tidak menjadi
Rakyat jelata kini bukan lagi budak tadika yang dididik mesti ada makan
Lalu mereka mengikut apa sahaja yang diajar guru mereka lega dengan makanan dan lagu ?
 
Kini cukup-cukuplah
Jangan cuba nak jual kelintong
Kyalayak atau Netizen kini mahu melihat kerja dilakukan
Seorang pemimpin sepatutnya turun padang melihat kesusahan rakyat
Bukan banyak bercakap berputar belit , berbohong tohmah dan fitnah akibat gilakan kuasa ?

 
Suara Pulau,
Ctatan jam 6.30 pagi
Sabtu tanggal 2hb Oktober 2021.
 

Tiada ulasan: