Aku buka jendela dapur
Berdiri seorang pencarai kotak
Di tepi tong longgokkan sampah sarap MPPP
Aku jadi lewat mandi pagi ini kerana melihat sikapnya mencari
Kecil besar diambilnya
Lalu dibuka dan dibuang isinya
Apa yang penting dia mencari kotak kosong
Mungkin untuk dijual cara timbang itulah rezekinya pagi hari ini.
Sebelah badan basah
Tanpa menghirau panas pagi
Ada juga yang mencari tin minuman kosong
Ada juga mencari barang buangan terpakai di Tong Sampah itu.
Catatan jam 9.00 pagi
Ahad Tarikh 10hb Oktober 2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan