Ahad, 12 Julai 2020

NILAI BANGSAKU SEBAGAI BUNGA LAYU





NILAI BANGSAKU SEBAGAI BUNGA LAYU

Melayuku kini
Umpama bunga kembang layu
Di bakar panas mentari pagi dan petang
Kini bagaikan bunga yang terkulai layu tidak bermaya
Kalau tidak cepat diseram pasti akan layu dan terus mati di jambangan ? 

Di Taman kini 
Ada sebilang pemotong pokok
Sengaja disembunyikan dalam jambangan
Ada pokok-pokok yang telah tahu akan nasib mereka
Tidak diketahui sama ada pokok muda atau tua akan dipotong dan dibuang ?

Jambangan ini
Dahulu terkenal keharumannya
Dari timur tengah hingga ke barat eropah
Kini telah tercemar dengan kerangkusan mabuk kuasa
Maka janganlah hairan jika jambangan ini bertukar corah warna bunganya ?

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 5 .00 pagi
Selasa 11hb Februari 2020

Tiada ulasan: