Ahad, 12 Julai 2020

ALLAH MENGHITAMKAN WAJAH MEREKA ?




ALLAH  MENGHITAMKAN WAJAH MEREKA

Ada pun bagi kamu
Dahulunya kamu cukup beriman
Taat dan patuh  segala perintah Allah S.W.T ke atas kamu

Tetiba kamu berubah
Malah sanggup pula kamu kufur
Kini terima akan azab Allah S.W.T ke atas kekufuran kamu.

Orang putih muka
Mereka kekal di dalam syurga
Kerana keberkatan iman mereka dalam rahmat Allah SWT.

Orang beriman itu
Di hari Qiamat nanti dilihatnya
Ada orang yang  berwajah putih berseri dan wajah hitam

Justeruitu ingatlah
Setiap  mereka yang berwajah
Antara muka putih berseri dan wajah hitam diakhirat nanti .

 Oleh Qalam Mutiara,
 Catatan jam7. 45. Pagi,
Isnin   Tarikh 10hb Februari,  2020.

Tiada ulasan: