Selasa, 28 Julai 2020

DIMANA MARUAH BANGSA ?





DIMANA MARUAH BANGSA ? 

Dimana perginya
Maruah bangsaku kini
Hanyut telah terjual kerana kuasa
Begitulah keadaannya bila pemimpin mabuk kuasa
Sanggup melakukan apa sahaja kerana kedudukkan dan kebendaan?

Bila maruah itu
Telah terjual dan tergadai
Kehebatan bangsa melayu tiada nilai
Suka diangkat cuma sebagai patong boneka saja?
Bangsa pendatang kini mulai berani tunjuk belang dan taring mereka ?

Tanpa kita sedar
Maruah bangsa telah hilang
Bila raja-raja di permainkan tanpa hormat
Malah lebih berani lagi agama Islam juga diperlekekkan
Sedangkan pemimpin bangsaku cuma lihat tanpa berani buat tegoran?

Oleh Pena Utara,
Catatan jam6. 50. Pagi
Isnin Tarikh 17hb Februari 2020

Tiada ulasan: