Sabtu, 25 Julai 2020

JALAN YANG BERDEBU




JALAN YANG BERDEBU  

Jalan yang berdebu
Bila mentari senja mulai jatuh
Jalan-jalan penuh dengan kutu-kutu
Bermain ibu-ibu hantu datang dengan senyap sepi
Menanti penuh ghairah disetiap sudut dengan cemas dan  hati-hati

Jalan yang berdebu
Sejarahmu telah hitam jadinya
Kini kutu-kutu tiada lagi menjelma
Malah ibu-ibu hantu telah pergi tiada kelihatan lagi
Apa yang tinggal hanyalah daun-daun kering layu mati di jalan sepi.

Oleh;Nurimanja,
 Mingguan Malaysia 83,
Catatan ubah sesuai semula
Seasa  Tarikh 11hb Februari,  2020

Tiada ulasan: