Rabu, 28 Ogos 2019

PEREMPUAN POTONG AYAM





 PEREMPUAN POTONG AYAM

Jam 4 sudah bangun
Buat persediaan bagi ayam yang diminta orang
Setiap pagi jam 8 dia mula memotong ayam pesanan pelanggan

Pertama sekali ayam
Mesti sudah pun dicabut bulu atau ayam bogel
Dengan pisau yang tajam dia menetak pada tulang belakang ayam.

Selalu ayam dipotong
Ikut kehendak pesan hati pelanggan-pelanggan
Ada potong 4 ,potong 8 atau potong 12 dan ada potong 16 ketulan.

Perempuan potong ayam
Tidak memikirkan tentang dunia kehidupan ya
Malah alam sekeliling dan masyarakat manusia setempat dia kerja.

Entah berapa puluh ekor
Setiap hari dia memotong ayam bogel tanpa bulu
Esok pun begitu lusa  sama juga memotong ayam sahaja  kerjanya?

Apa pun kerja hariannya
Tiada lain memotong, memotong dan memotong
Namun  seekor ayam  tidak tahu dia seorang perempuan potong ayam?

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 3.50 petang .
Isnin Tarikh 22hb Julai 2019.

Tiada ulasan: