Ahad, 25 Ogos 2019

AKU, DIA DAN SESUATU






AKU, DIA DAN SESUATU

Aku Cuma sekadar insan biasa
Seorang kembara di bumi asing
Total dalam keadaan lemah dan daif
Mengapa mesti angkuh dan sombong?
Kerana mati ada di hujung perjalanan ini
Pastinya ada penamat nya ………..

Dia adalah pencipta segala
Mengetahui yang nyata dan ghaib
Mengapa kita mesti berdusta
Kerana kita pasti dimatikan
Selepas kehidupan yang sedikit
Perlulah berzuhud dan bersyukur?

Sesuatu yang ada di sekeliling kita
Adalah perantaraan sahaja
Bagi menilai watak seorang kita ?
Sebagai insan yang dikurniakan
Dari ketentuan yang maha pencipta
Fikir lah diri kita agar tidak menyesal nanti ?

Oleh: Qalam Mutiara
Catatan jam 10.15 malam
Tarikh 26hb Jun 2019.
  

Tiada ulasan: