Ahad, 25 Ogos 2019

DI SINI AKU BERDIRI





DI SINI AKU BERDIRI

Di sini aku berdiri
Melihat bulan dan mentari
Di sini aku lahir belajar meniarap,
Merangkak,  bertatih, jalan jatuh dan berlari.
Sehingga aku mengenal erti seorang yang dewasa ?

Mengapa dikatakan
Di persoalkan melayu malas?
Suka mengata , mengumpat mencela,
Membuat tohmah , fitnah dan beradu domba,
Sehingga rezeki di mulut orang pun ingin dirampas?

Amalan dikesalkan
Menipu, putar belit, dan dendam
Benarkah melayuku sikapnya begitu?
Bukan budaya yang dibawa puak pendatang
Sehingga kini dunia luar pun tersenyum  melihatnya?

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 8.00 pagi
Selasa tanggal 2hb Julai 2019.

Tiada ulasan: