Khamis, 28 Februari 2019

SETIAP HARI JUMAAT SAKIT KEPALA. ?






SETIAP HARI JUMAAT SAKIT KEPALA. ?
  


Kenapa setiap kali hari Jumaat
Aku mula sakit kepala macam tak selesa
Kekadang sakit kuat solat Jumaat pun melepas pula
Apa yang mesti di lakukan kalau darah naik kurang normal
Tetapi Kekadang boleh terlajak sampai dua kali Jumaat tidak hadir solat.

Begitulah kita apabila berusia
Kesihatan sering menganggu kehidupan
Kekadang tersilap makan dan melanggar pantang
Terpaksa berehat dan diam di rumah sahaja apa nak kata
Itulah penyakit amaran Allah S.W.T bila kita sudah berada di hujung senja.

Perbayakkanlah amal ibadat
Sentiasa amal makruf dan nahi mungkar
Ingatlah dunia ini tempat mainan suka-suka sahaja
Segala yang ada kita tinggalkan semua hanya amal ibadat saja
Yang kita bawa sebagai bekalan perjalanan kita menuju ke pintu syurga.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 10. 15   pagi
Hari Jumaat Tarikh 7November 2018.

Tiada ulasan: