Selasa, 5 Februari 2019

JANGAN JADI SYAITAN BERJAGAL





JANGAN JADI SYAITAN BERJAGAL
                        
Dunia akhir zaman!
Kini Syaitan mulai berani berjagal
Menyelinap masuk dalam hati dan jiwa manusia
Paling hebat dan menyakitkan hati umat Islam akhir zaman
Syaitan ini dari golongan orang Islam sendiri yang telah jadi munafik?

Mereka tanpa segan!
Tanpa silu menentang siapa saja
Walau pun bekas guru dan rakan sepengajian
Bila sudah berkedudukan berpangkat merela lupa segala
Malah berani menentang siapa sahaja mengikut arahan sekutunya ?

Jangan hairanlah!
Lewat kebelakangan zaman ini
Ada anak-anak orang alim dan berpengaruh
Boleh bertukar arah berani membawa fahamannya sendiri
mereka sanggup menongkah arus menentang fahaman demi duniawi?

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.50 pagi
Tarikh sabtu 2hb Fwebruari 2019.

Tiada ulasan: