Khamis, 28 Februari 2019

BILA SENJA BERLABUH





BILA SENJA BERLABUH
Bila senja berlabuh
Aku sering termangu dan terharu
Membilang waktu menghitung usia yang berlalu
Gemercik kekerdilan hati yang menghayati kehidupan selama ini
Di mana aku dan kehidupan saling membicara kan tentang kisah susah dan senang.

Kini persis fasrah
Bahawa kehidupan yang dilalui ini
Penuh dengan onak ranjau dan duri penyeksaan
Sebagai satu ujian menilai keimanan untuk kita calon ke dua pintu
Jikalau tersalah pilih dan sengaja membiarkan diri hanyut tanpa kawalan keimanan.

Janganlah hairan!
Jikalau di hari kebangkitan nanti
Kita didapati bergelumang dengan dosa dan noda
Maka itulah penghayatan dan amalan kita semasa di dunia dahulu
Di ketika itu rasa penyesalan dan mengharap pengampunan tidak guna dan beerti lagi.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam9.50 malam
Hari Khamis Tarikh 6hb November 2018.

Tiada ulasan: