Selasa, 5 Februari 2019

. BILA KITA MENIPU





 BILA KITA MENIPU ?


Bila kita rasa
Kejayaan itu akan tercapai
Dengan agenda penipu dan putar belit
Maka kita pun melakukannya demi meraih sokongan
Maka bila ada orang yang percaya dengan penipuan kita pun berjaya.

Tetapi ingat!
Bila janji yang kita tipu itu
Tidak kita tunaikan untuk ditunaikan
Maka masalah akan  timbul dan mendesak diri kita sendiri
Kerana janji yang menjadi kita berjaya kini tanpa kita perdulikannya.

Justeru itu!
Jangan sesekali berani
Membuat janji tetapi tidak ditunaikan
Bila khalayak menjadi marah timbullah berbagai masalah?
Setelah kita  digelar Yb  ditekan berbagai masalah berat dan payah.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.20 pagi
Tarikh Sabtu 2hb Februari 2019.

Tiada ulasan: