Sabtu, 6 Oktober 2018

. UJUB







. UJUB 

Ujub satu kehairanan
Melihat apa yang di lakukannya
Rasa kebanggaan diri dan di sanjungan
Inilah satu penyakit yang kita lupa tanpa kita sedari
Telah membelit dan mencengkam hati dan jiwa kita selama ini.

Ujub ini hasutan sahaja
Kerana dalam hatinya ada niat
Telah dipengaruhi oleh bujukan syaitan
Lantas kita menyangka diri kita ini orang terpilih
Maka kita mendapat pujian  dan nama yang di sanjungi ramai.

Melainkan perlu keluar
Daripada melibatkan dirinya
Terpengaruh dengan ilmuan kaki bodek
Bertujuan untuk mendapat sesuatu kepentingan
Ada muslihat , tetapi Allah mengetahui niatnya yang sebenar?


Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan  6.45 pagi
1hb September 2018.


Tiada ulasan: