Isnin, 15 Oktober 2018

JIKA KAMI GAGAL MENEGUR ATOK







JIKA KAMI  GAGAL MENEGUR ATOK 

Sudah seringkali aku berkata
Atok kini bukan lagi seorang Atok yang dahulu
Terlalu banyak dan jauh berbeza sikap dan tutur katanya
Atok dahulu dihormatikhalayak, anak cucu cicit dan tetamu dekat dan jauh.
Tetapi kini amat mendukacitakan hati khalayak anak cucu cicit 
dan tetamu dekat dan jauh.

Kami memang gagal menyapa
Apa yang telah Atok lakukan kebelakangan ini
Sememang menyakiti hati khalayak,  anak cucu dan cicit .
Walaupun khalayak, anak, cucu dan cicit Atok telah mengangkat kedudukan,
Tetapi janji Atok 100 hari telah pun dikianati dengan mengatakan 
masih belum kemampuan.

Setelah janji manis  100 Atok
Gagal ditunaikan khalayak anak cucu dan cicit
Atok kini mulai hina di caci, maki hamun dan sumpah seranah
Tetapi Atok buat tidak tahu semacam memekakkan telinga dan tutup pintu hati,
Adakah Atok sengaja menempah sejarah menutup cerita dengan 
kutuk kan  bangsa sendiri?

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.40 pagi
Rabu Tanggal 19hb September  2018.

Tiada ulasan: