Ahad, 7 Oktober 2018

KEBODOHAN MENGHATUI KITA KINI





 KEBODOHAN MENGHANTUI KITA KINI 

Ternyata kini
Rata-rata penyumbang undi pilihan
Telah diserang penyakit kebodohan menghantui diri?
Kerana cukup percaya dan terpedaya dengan janji-janji luar biasa
Malah mengngakat budaya tohmah dan fitnah menjadi bermaharajalela dalam Negara .

Semua janji
Manifesto 100 hari telahpun  berlalu
Cerita tidak sepatut dilakukan telah pun berlaku ?
Penyumbang undi yang  termakan pujuk rayu kini dipapadomkan
Malah durian yang elok isinya  telah menjadi tempoyak dan di sambal belacankannya.

Terima lah !
Kebodohan telah menghantui kita kini
Apa yang kita harap semuanya telah tertiarap ?
Kuasa di tangan kita telah dirampas pendatang yang bertandang
Kini kedudukan agama , bangsa dan negara telah diubah mengikut citarasa mereka.

Oleh : Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi
Selasa Tarikh 4hb  September 2018.

Tiada ulasan: