Sabtu, 20 Oktober 2018

KEBAHAGIAN ITU TIDAK BOLEH DIJUAL BELI





 KEBAHAGIAN ITU TIDAK BOLEH DIJUAL BELI

Ramai orang berpendapat?
Kebahagian itu boleh dibeli dan dijual
Ternyata satu kesilapan besar beranggapan begitu
Kerana kebahagian itu ada pada orang bersyukur dan kanaah
Berapa ramai orang yang kaya raya tetapi mereka hidup tidak berbahagia.

Berapa ramaikah  orang ?
Kehidupan sekadar sederhana sahaja
Mereka tetap bahagia  kerana ada iman dan takwa
Memadai dengan apa yang Allah S.W.T berikan kepada mereka
Sama ada miskin atau kaya mereka tetap pasrah dengan rezeki Allah S.W.T.

Kerana rasa kebahagian ?
Bukannya letak pada kekayaan hidup
Tetapi pada hati  seseorang yang sentiasa cukup
Dengan rezeki yang Allah berikan samada sikit atau banyak
Tanpa ada rungutan atau kekesalan sedikit pun di dalam hati mereka itu.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.30 pagi            
Ahad Tanggal  23hb Ogos 2018.

Tiada ulasan: