SEEKOR ANGSA TUA
puisi sinis PRU14/2018. .
Seekor angsa tua
Cuba mengetuai pengikutnya
Bagi menguasai sawah yang menguning.
Kini dia telah pun
Mengatur satu agendanya
Bagi menguasai daerah sawah padi ini.
Kerana hatinya ini
Masih membara rasanya
Bagi membela empayar bangsa si angsa.
Walau pun dirinya
Telah di mamah usia tua
Jangan cuba mencabar hak-hak kroninya.
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 5.30 pagi
Jumaat tanggal 23hb Februari 2018.
2 ulasan:
Ngerup secawan kopi dan usia dihujung senja. dan JWA. jumpa wang ajaib.
SEBAGAI SEORANG PESARA
Dulu kita bekerja dibayar gaji, kini kita tidak bekerja tetapi masih dibayar Sagu hati harga perkhidmatan . tidakkah anda berasa bersalah? Jikalau anda mengutuk dan menghentam kerajaan yang Masih memberi royalty sepanjang hidup anda ?
Tidakkah anda terasa hidup anda sekarang sebagai seorang yang tidak mengenang budi? Atau tidak langsung ada berterima kasih pada pemerentah yang masih membayar harga perkhidmatan yang Cuma 25 hingga 35 tahun . Tetapi dibayar dengan harga sepanjang hidup anda ?
Sambungan
Jika anda rasa kebencian yang amat sangat kepada pemerentah ternyata tidak ada rasa keikhlasan di hati anda . Dan wang pesaraanyang anda terima setiap bulan itu ? Bagaimana anda hendak menerima perkiraannya? Halal atau sebaliknya demi untuk membesar darah daging keturunan anak cucu anda ? Walau pun honoriruamganjaran lepas persaraan itu dikira hak mutlak anda?
Sepatutnya buat anda yang bersara berilah sedikit sumbangan kepada Negara bukan untuk individu atau untuk Yb atau Pak Menteri . Tetapi demi bangsa , negara dan agama berbagai acara dan agenda yang baik bersama masyarakat setempat atau melalui media masa terkini atau apa saja demi kesejahteraan dan kemakmuran Negara kita.
Pena Runcing.
Catat Ulasan