Selasa, 31 Oktober 2017

SETIAP YANG BERLAKU ADA PENGAJARANNYA


lori.jpg


 SETIAP YANG BERLAKU ADA PENGAJARANNYA                       

Anak-anak muda hari ini
Suka membuat kesukaan hati sendiri
Berkumboi, berlumba , merempek, memanjat.
Bila berlaku sesuatu musibah tanpa di ketahui ibu bapa
Baharulah kaum keluarga dan masyarakat tempatan menghibuhkannya
Maka orang ramai pun lantas membuat berbagai andaian cemuhan dan kutukan.

Bila kemalangan berlaku
Atau pun ada tragedi menyayat hati
Cedera parah patak kaki tangan atau kematian
Barulah pihah  berkuasa kerajaan tempatan buka mata
Setelah rerakan mereka hilang nyawa akibat mengikut hati diri sendiri
Segala penyesalan dan keinsafan adalah satu pengajaran yang perlulah di ingati.

Perlu  kita ingat waspada
Ibu bapa perlu memantau pergerakan
Anak muda mereka berada dimana bila jauh malam
Di rumah , lebuh raya, lorong sunyi  atau bangunan tinggi
Kerana anak muda ini punya sikap suka mencuba begitu kuat dalam hati
Tanpa memikirkan segala kemalangan dan musibah yang menimpa ke atas mereka.

Oleh:  Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.55 pagi
Isnin Tanggal 20hb Februari 2017


Tiada ulasan: