Ahad, 8 Oktober 2017

KALAU INGIN JADI PEMBANGKANG


wakil.jpg

KALAU INGIN JADI PEMBANGKANG 

Kalau  ingin jadi pembangkang
Jadilah pembangkang yang berhemah
Bukannya membangkang main hentam keromo

Dalam hati niat telus dan bersih         
Bukannya ada unsur tohmah dan fitnah
Cuma mencari jalan untuk membenci kerajaan.

Kerana jika kita tersalah langkah
Padah dan akibatnya bukanlah  sedikit
Malah yang merana dan sangsara  rakyat jelata.

Ingatlah setiap kita  ini pemimpin
Sama pada keluarga, masyarakat dan Negara
Setiap kepimpinan akan  dipersoalkan di akhirat nanti.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan Selasa jam 6 petang
Tanggal 25hb Julau 2017.


Tiada ulasan: