Ahad, 8 Oktober 2017

DI HATI ORANG MUNAFIK


lakonan.jpg


 DI HATI ORANG MUNAFIK 

Abdullah bin Ubai
Menganggap jawatan kedudukan
pangkat dan kuasa  itu segala-galanya
Lantas beliau sanggup menjadi kufur dan munafik.

Orang munafik ini
Tidak takut kepada Allah SWT
Sebab mereka tidak beriman kepadaNya
Mereka amat takut cuma kepada orang beriman.

Mereka sanggup
Melalukan apa sahaja kejahatan
Berjudi, minum arak ,berzina, memfitnah
Malah melakukan berulangkali kerana tidak beriman.

Dalam hati mereka
Sebenarnya banyak berpura-pura
Melakukan sesuatu kerja ada muslihatnya
Mereka tidak takut Allah  melainkan kepada manusia.


Oleh  Pena Utara,
Catatan jam 77 pagi
Isnin Tanggal 24 Julai 2017.




Tiada ulasan: