Sabtu, 28 Oktober 2017

JANGAN BIARKAN GELOMBANG DAN OMBAK MENGILA


alam marah.jpg

JANGAN BIARKAN GELOMBANG DAN  OMBAK MENGILA 

Gelombang besar
Dan ombak mengila
Telah mencari kemenangan
Agar dapat dirastui penghuni pantai…….

Mengapa kini dibiarkan?
Tiupan angin gelombang besar
Bersama ombak gila menghempas pantai
Boleh meruntuhkan pandangan indah selama ini.

Tidak ada rasa kesian
Penghuni pantai perlu bersatu
Bekerjasama bagi menghalang segala
Bertindak sebelum keindahan pantai terus rosak.

Jikalau terus dibiarkan
Ternyata keberanian mereka bertambah
Menjadikan mereka kian berani dan  mengila
Untuk merosakkan dan merobohkan pantai pertiwi  ini

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 88.15 malam
Hari Sabtu Tanggal  11 Ogos 2017 .

Tiada ulasan: