Ahad, 9 Julai 2017

SEORANG PENGEMBARA






SEORANG PENGEMBARA  

Seorang pengembara
Wajahnya kini
Telah dimamah usia
Dalam kekalutan seharian
Dia bergelut
Menghadapi permasalahan
Sesekali dia
Termanggu dan terharu
Menghitung usianya
Masih adakah lagi baki
Untuk dia terus
Menyedut udara Allah
Dan berkata Alhamdulillah
Di dunia fana ini
Sebelum tidir malam
Dia selalu  berdoa
Dengan namamu
Kau yang menghidupkan
Dan mematikan aku
Bila terjaga sebelum subuh
Dia berdoa lagi
Segala puji bagimu
Menghidup kan aku
Dan membangunkan aku
Dari kematian kecil
Kepada kamu kami kembali.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.05 petang
Selesa 9hb Mei 2017.

Tiada ulasan: