Sabtu, 29 Julai 2017

KAMI BERIMAN DENGANYA








 KAMI BERIMAN DENGANNYA 

Kaum Jin pun juga beriman
Setelah mereka mendapat perkhabaran
Kami beriman dengan Allah setelah mendengar Al Quran
Mereka juga tidak mensyerekkan sesuatu melainkan beriman kepada Allah S.W.T.

Kaum jin merasa begitu takjub
Penuh yakin dan memberi kesan di hati
Mereka pun terus beriman dengan apa yang mereka dengar
Bahawa kitab dan ayat Al Quran itu memberi jalan yang benar dan lurus isinya .

Ketahui lah sesungguhnya Allah itu
Sifat kebesarannya maha tinggi dan agung
Maha suci Allah itu juga tidak beristeri dan tidak beranak
Sedangkan keduanya itu cuma keperluan bagi mengembirakan kaum keluarga.

Mereka juga menyucikan sifatnya.
Dengan menafikan keras bahawa Allah itu
Tidak memerlukan sifat seperti hidup manusia berkeluarga
Kerana Allah S.W.T sememangnya Maha Suci, maha agung dari sifat hambarnya.

Oleh: Nuri manja
Catatan jam 7.55 malam
Tanggal  Isnin 22hb Mei 2017.

Tiada ulasan: