Sabtu, 29 Julai 2017

ANAK GADIS KITA MUDAH DIPERDAYA






 ANAK GADIS KITA MUDAH DI PERDAYA

Mudah terpengaruh
Dan terikut-ikut budaya orang lain
Kalau menonton filem luar Negara Timur atau barat
Hati mereka terlalu mudah mempengaruhi jiwa nurani mereka.

Hari ini jangan hairan
Ada anak gadis kita mudah dimainkan
Dengan ungkapan bunga-bunga cinta anak muda luar
Dari Lombok , Indonesia , Arabik , Bangaladis dan Negara Nepal.

Malahan ramai juga
Telah di jadi keldai membawa dadah
Dengan upah yang tidak seberapa mereka sanggup
Kononnya asalkan ada buah hati yang terpikat dari luar Negara.

kerana terlalu ghairah
Ada yang baik ada menjadi mangsa
Bila berkahwin mereka inginkan kerakyatan sahaja
Selepas itu bercerai  pasangan mencari jalan berpisah akhirnya.

Oleh Pena Runcing,
 Catatan jam 6 petang 
Jumaat Tanggal 11hb Mei 2017.

Tiada ulasan: