Sabtu, 29 Julai 2017

PUASA ITU MENAHAN DAN MEMBANGUNKAN




 
 PUASA ITU MENAHAN DAN MEMBANGUN KAN    

Puasa Ramadan itu ibadat wajib
Bagi lahir orang-orang yang bertakwa
Lebih mendekatkan lagi diri kepada Allah S.W.T
Melatih diri orang beriman bertakwa menjadi mukminum.

Puasa itu syiam atau menahan.
Menahan lima pancaraindera manusia
Mulut lidah, hidung,  mata, telinga, perut dan hati
Agar tidak mengumpat, jaga mata , telinga dan perut kita.

Puasa itu qiam atau bangunkan
Perbanyakkan amalan sunat digalakan
Bangun tahajud malam, baca Al Quran dan berzikir
Selain bersedekah, membantu amal kebajikan masyarakat.

Puasa juga tazkirah diri kita
Memasuki kelas tarbiah membentuk
Dengan melatih kan diri kita banyak bermuhasabah
Bila selepas Ramadan kita sudah terlatih dalam kesusahan.

Oleh: Nuri manja
Catatan jam 7.55 malam
Tanggal Jumaat 19hb Mei 2017.


Tiada ulasan: