Sabtu, 24 September 2016

PELIHARALAH KEMERDEKAAN





PELIHARA LAH KEMERDEKAAN

Pelihalah kemerdekaan
Jika sudah berjaya mendapatinya
Kebebasan itu adalah kemerdekaan kita
Berapa banyak negara yang di jajah dan perintah
Kena tunduk dan patuh kepada penguasaan negara kuasa besar.

Jika kita sudah merdeka
Bersama lah kita memeliharanya
Jangan timbulkan kekacauan dan kebencian
Hidup sebuah negara berbilang bangsa dan agama
Keharmonian dan rasa perpaduan ubat keramat bagi kita semua.

Kibar lah jalur gemilang
Tunjukkan rasa cinta dan muhibbah
Di antara kita sesama kita sebagai kesetiaan
Kepada agama, bangsa , negara dan kedaulatan raja
sebagai satu kesetiaan  dan lambang perundangan rakyat  Malaysia.

Oleh:  Tinta Azimat,
Catatan jam5.55 pagi hari
Sabtu Tanggal 31hb Ogos 2016.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sempena hari Malaysia ini sewajarlah kita menjaga kemerdekaan negara kita bersama -sama . Jika kemerdekaan sudah tiada kebebasan pun akan terbang bersama . Maka berlakulah huruhara atau negara di jajah oleh org lain kembali ...