Isnin, 12 September 2016

IBADAT HAJI TIBA LAGI




IBADAT HAJI TIBA LAGI
- catatan ceramah pak duhai bapa ustaz aqil-

10 Zulhujjah!
Bulan pencukup rukun
Buat menunaikan ibadat haji
Berkunjung ke tanah suci Mekah,
Beribadat bertawaf mengelilingi Baitullah
Mengucup hajratul aswat, membersih segala dosa

Masjid Nabawi
Ada sejarah tersendiri,
Berdiri megah di kota Madinah
Di sinilah terletakknya makam Rasulullah
Setiap selawat solat pahalanya berlipat ganda
Ziarah lah makam rasul sempurna lah segala umrah.

Berlari-lari anak
Bersyair sebelum bercukur
Dari bukit Safa hingga ke Maruah
Memungut tujuh ketul anak batu kecil
Sebagai  simbolik buat melontar tiga jumrah
Dalam hati brtikat merejam syaitan iblis laknatullah.

Di Muzalifah
Jemaah mula bercukur
Sebelum bertolak bermalam di Mina
Esok berangkat berwukuf di padang Arafah
Di sinilah berdoa bermunajat memohon segala hajat
Bila pulang ke tanah air semoga mendapat haji mabbrullah.

Oleh: Nuri manja,
Lebuh Acheh , Masjid Melayu,
Arwah sebelum sekitar  1996  Pulau Pinang.

Tiada ulasan: