Sabtu, 24 September 2016

BERJALAN DI ATAS MUKA BUMI INI






BERJALAN DI ATAS MUKA BUMI INI

Berjalan dan mengembaralah
Di atas atau di dalam muka bumi ini
Berfikir dan mengkajilah dan menyelidiklah
Lihatlah benda anih dan ajaib bagi pengajaran besar
Semuanya akan memberi aktibar kepada makhluk Allah SWT.

Perjalanan dan pengembaraan
Bukanlah berertujuan sengaja-sengaja
Tetapi perlu ada dua tujuan di dalam hati kita
Pertama berniaga kedua melihat mengkaji kejadian
Bagi menambah pengetahuan dan hubungan sesame manusia,

Katakan lah kepada mereka
Berjalanlah di muka bumi Allah SWT
Allah menghidupkan kembali kehidupan ini
Bagi manusia mengkaji dan mengambil pengajaran
Sebelum mereka dimatikan dan dihidupkan kembali di akhirat.

Oleh:  Tinta Azimat,
Catatan jam7.55 pagi hari
Sabtu Tanggal 30hb Ogos 2016.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Berjalanlah di atas muka bumi ini maksud ziarahilah atau melawatilah di mana sahaja untuk mencari pengalaman dan menjadikan rasa keimanan kita lebih kukuh kpd Allah SWT bila melihat kejadian alam ini