Sabtu, 24 September 2016

KITA BUKANLAH PEWARIS KEKAL






KITA BUKANLAH PEWARIS KEKAL

Dalam hidup di dunia ini
Kita bukanlah pewaris kekal
Mewarisi kedudukan dan kekayaan
Segala apa yang kita dapat dan kita punya
Satu hari akan bertukar jadi milik orang lain pula.

Sebaiknya perlu ingatlah
Kita tidak boleh melawan takdir
Kerana Allah S.W.T tetap kan ketentuan
Untuk  mewarisi segala kekayaan di dunia
Maka ingatlah kehidupan ini bagaikan putaran roda.

Jika bukan hak milik kita
Jangan cuba di putar belit kan
Bagi mengelirukan segala pandangan
Kerana Allah S.W.T amat maha mengetahui
Segala muslihat dan agenda dalam hati nurani kita.

Oleh:  Tinta Azimat,
Catatan jam7.35 pagi hari
Sabtu Tanggal 27ahb Ogos 2016.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Harta benda di dunia ini kita bukanlah pewaris kekal , bvila tiba dan waktunya harta kita akan jadi pewaris kpd anak cucu kita atau org lain pula .