9.KATA USTAZKU HAJI IDRIS ANANG
Sebaiknya sebagai orang
Islam
Soal peribadi jangan
sekali di ceritakan
Baik kebaikan suami
atau ke burukkannya
Kerana Islam
menggalak kan umatnya menutup aib
Patut memelihara
kerukunan rumah tangga suami dan isteri.
Mendedahkan sesuatu
kelemahan
Bukan sahaja memalukan
keluarga kita
Malah menampakkan
kelemahan yang kita ada
Sebaiknya pasangan suami
dan isteri menutup aib
Wajib menjaga kebaikan
dan perbaiki ke burukkan yang ada.
Allah S.W.T melarang suami
isteri
Mendedahkan keburukan
antara keduanya
Sebaiknya menceritakan
yang baik-baik sahaja
Bukannya mengutuk segala kelemahan pasangan kita
Kerana yang malu
bukannya orang lain tetapi diri kita sendiri.
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.10 pagi
Khamis 7hb Januari 2016.
20 ulasan:
KUM 4
8 puisi nampaknya semua hebat sukar buat pemilihan apa pun 2 orang terpaksa disinkerkan juga .... nasiblah agaknya.
Sekejap tadi bari di lihat oleh QM tetapi belum diulas LK lagi tungghu QM buat pemilihan . Okey!
Pilot Hafizah berkata...
25.KORBAN HATI SUCI (LS)1
hati ini telah tumbuh rimba kemajuan
oleh manusia kian lupa asal diri
lalu api nasionalisme yang
lantang bertiup sejak berdekad lalu
tetapi kini terpaksa menunggu
sepi mentari bernyala kembali
membelah relung hati ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
Namun aku tetap bersyukur
kerana aku berkorban dengan hati yang suci
Pilot Hafizah
sajak tidak puas hati
20.disember 2015 ketika dalam kokpit
ULASAN RENGKAS !
Perjuangan dan pengorbanan sebenarnya tidak kira dimana sahaja dalam bidang apa pun demi rasa cinta dan sayangkan agama , bangsa dan negara tercinta . Apa yang lebih penting ada rasa keikhlasan di hati biar apa pun situasi yang kita alami perlu ada semangat cekal dan jadidiri sebagai sikap yang patut dicontohi orang lain. Sama ada kawan atau lawan ..
LAYAK SETERUS
Malik Wariya berkata...
26.BAHASA (LS)2
Bahasa itu mutiara pilihan
Dari dasar laut kasih
Bangsa yang mengenal akar
Tidak akan membiarkan
Mutiara itu terlerai
Hilang seri dan pudar
Bahasa itu suara bangsa
Harga diri warna jiwa
Bangsa yang mencintai negaranya
Tidak akan membiarkan
Suara itu tenggelam
Di dalam keriuhan malam
Malik Wariya
sajak simbolik
kubang kerian 4 disember
19 Januari 2016 5:05 PTG
ULASAN RENGKAS !
Telah pun diakui seluruh rantau bahawa bahasa itu menunjukkan bangsa , malah dari bangsa itu juga kita mengenali sikap dan budayanya. Jika saying bahasa sendiri mesti ada daya jatidiri bagi menyayangi bahasa ibuda sendiri dan setengah daerah ada loghat bahasanya tersendiri.
LAYAK SETERUS
27.ORANG-ORANG (TK) &LP2
Kiranya gagal menjadi orang
lebih baik menjadi orang-orang
berbaju compang disuruh menentang
kawanan pipit datang menyerang
sawah itu yang luasnya sekangkang.
Lebih baik menjadi orang-orang
daripada tunggul di tengah laman
Hinakah aku menjadi orang-orang
terpacak kaku hodoh dipandang
siang malam diam di bendang
paling hina pun, aku juga berguna!
Kiranya gagal menjadi orang
hanya dua yang jadi pilihan
sama ada menjadi orang-orang
atau jadi-jadian binatang
siang tidur malam jadi jembalang.
Quratul Aini
sajak sinis
pulau pinang
19 Januari 2016 5:05 PTG
ULASAN RENGKAS !
Bicara soal orang dan orang-orang , dua perkataan yang berbeza satu orang-orang patongan menghalau burung tidak bernyawa dan satu orang manusia biasa yang bernyawa .Kekadang jadi orang-orang lebih memberi memfaat dari jadi orang yang banyak buat huru hara. Apa pun yang orang yang bernyawa ada dikira dosa dan pahala . Kalian fikirlah nak jadi yang macam mana ?
TK &LP2
Ustaz Muda berkata...
28.GELOJOH (LP2)TK
Setiap kali melangkah membawa perpaduan
ada jambatan terbakar di hadapan
di kiri ada iri, di kanan ada igauan
pepohon ego bergelimpangan menghalang
ditumbangkan ribut ketakutan dan taufan bimbang
kabus kelabu menderu laju menuju destinasi
seperti sejenis syahdu yang bertiup
lalu tak tergapai oleh tangan yang mengenggam
daripada hati yang tak sanggup memberi
atau oleh tangan yang terbuka luas dan gelojoh menerima.
Ustaz Muda
sajak sinis buat golongan yang suka mengampu
perak 2015 19 Januari 2016 5:06 PTG
ULASAN RENGKAS !
Dalam kehidupan ini manusia punya berbagai jenis sikap dan kehendak hati yang berbeza-beza
sama seperti Allah telah menyediakan ruang untuk manusia yang ingin ke jalan baik syurga dan sebaliknya neraka . Kegelojohan sudah menjadi budaya hidup manusia sama yang memberi atau menerima . Apa pun golongan ampu mengapu ini melakukan kerja jarang ada keikhlasan di hati.
PK2 & TK
Keris Berlian berkata...
29.VISI (LS)3
Kita mulakan langkah baru
mengiringi visi tak terbatas
dari mata jiwa seorang wira bangsa
demi tanah tumpah darah,
mendukung misi ke martabat tertinggi dunia
dengan tapak teguh perpaduan,
dipandang hormat kawan dan lawan.
Ini tugas kita hasrat membina rumah bangsa
dengan kudrat pengalaman
terhimpun berdekat lama,
azam tak terpadam semangat panas membara.
Keris berlian
sajak memberi semangat
kedah 201519 Januari 2016 5:06 PTG
ULASAN RENGKAS !
Semangat itu penting untuk mencapai cita tidak ada bangsa yang maju di dunia ini jika tidak ada azam yang kuat bersama semangat yang kental atau cekal hati dan tidak berputus asa , sebab itulah banyak di adakan kelas tambahan dan motivasi kepada setiap pelajar dan berbagai ceramah dan latihan tambahan kepada anak muda termasuk PLKM , Latihan Mara untuk mendapat jatidiri dan asas latihan yang sebenar utuk mereka menghadapi masa depan.
LAYAK SETERUS
30.LIDAH PK2 & TK
Lidah itu makin berani
memperkatakan maruah dan jati diri
membicarakan ketuanan yang menipis
menyuarakan kepincangan tergaris
menzahirkan rasa yang terhiris
makin menggertak dibakar
oleh lahar yang memberontak
sesekali ingin berlaku waras
dalam nada tegas dan keras.
walau getar dan debar ini disanggah
tetap mengalir di urat darah
ingin berkata benar dan jujur
walau mungkin langkahnya terlanjur
tidak salah andai fikir terundur
kembalikan semangat yang makin luntur
cekangkan semula muafakat yang kendur.
berbicaralah dengan hemah
kutiplah gugusan hikmah
setelah kali ini terduga
satukan segera suara pusaka.
Hilal Ashraf
sajak perjuangan
selangor19 Januari 2016 5:06 PTG
ULASAN RENGKAS !
Thema perjuangan dalam kehidupan seharian bagi seorang manusia yang ingin menegakan keadilan dan kebenaran, mungkin buat seorang pemimpin yang ingin memimpin negaranya .Pastilah banyak rentangan dan halangan , kerana sebaik mana pun kita mesti ada dalang dan petualang yang tidak senang hati dan sebulu dengan kehendak kita . Apa tak lagi mengganggu gugat segala peluang agenda halal haram buat kehidupan mereka . Apa yang penting teruskan usaha murni kita yang baik atau buruk tetap tercatat dalam lipatan sejarah hidup kita.
LP2 &TK
31.SESAT MANUSIA (TK&LP2)
Sesat tidak manusia itu
disukat dalam cetek ilmu
menjadi neraca menimbang
kebenaran hakikat.
Akan sentiasa dalam sesat
jika kering ilmu kosong dada dan jiwa
sekalipun kaya sihat dan berharta
masih juga menjunjung sesat
kerana hidup dunia untuk akhirat.
Hanya dengan makrifatullah
menunjukkan mana duniawi mana ukhrawi
membenar lagi menyelamatkan
hakikat kebahagiaan hayat
berawal dunia mengekal akhirat.
Lukiee
sajak ni bukan sajak sy tp sajak abang ipar sy sbb kakak sy kwin dgn org islam
dia ustaz kt tempat sy dia minat sajak sy pula xda idea jd dia kta nk hntar sajak
melalui saya di sayembara ni sebenarnya sajak ni sy sendiri pun xpaham
19 Januari 2016 5:06 PTG
ULASAN RENGKAS !
Thema manusia sesat di dunia ini sama ada hidup dengan kemiskinan , malah ada harta benda pun sesat juga nampaknya? Mungkin kerana tiada keimanan . Sajak ini boleh jadi lebih menarik jika disusun ungapan kata atau bait-baitnya dengan lebih baik dan tepat.. Apa pun kami nampak mesejnya ada dan baik bercerikan dakwah Islamiah . Harap dapat usaha lagi . Maaf Cuma di sini.
TK &LP2
Tuan Haji berkata...
32.WANG BERJUTA (LS)4
Aku tidak meminta wang berjuta
untuk kuhimpunkan menjadi bukit harta
tidak sesekali kuimpikan
mengibarkan bendera bangga diri
cukuplah sekadar sesuap makan dan minum
buat aku sempat melihat
suatu hari lagi bernama esok.
kerana kemewahan dunia hanya sementara
apabila sampai waktunya pasti tinggal semua.
Tuan Haji
Taman Melawati
30disember 2015
ULASAN RENGKAS !
Hanya orang hidup secara sederhana dan zuhud menimbangkan dunia utk perjalanan di akhirat selalui mensyukuri apa yang ada dan diberi oleh Allah SWT. Dan hanya orang beriman dan ingat hari kematian selalu bersyukur Allah akan tambah nekmat rezeki yang diberi. Sebaiknya selalu bersedekah dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang tanpa kita sedari …
LAYAK SETERUS
idris anang ni sapa??
idris awang ni wakil rakyat ke
idris anang ni xpnh dgr plak
bgus pesanan idris anang ni
idris anang ni ada lgi ke
idris anang ni tokoh islam ke?
mcm pernah dgr nama idris awang ni
bgus kata2 dari idris anang ni
idris anang ni muka mcm mana???
idris awang ni sasterawan negara ke
Catat Ulasan