3.INILAH BUDAYA ORANG
KITA
Inilah budaya kehidupan
setengah dari orang
melayu kita
hidup mahu mewah cuma
buat satu kerja
malah sanggup pula hutang
keliling pinggang
biar hidup papa asalkan
nampak cukup bergaya.
Berhutang cukup senang
Bila waktu bayar amat
liat pula
Kerana berhutang luar
kemampuan diri
Cuma mahu hidup nampak macam
senang
Hati resah dihimpit
kesusahan bolehkah tenang?
Sebaiknya buat dua kerja
Ramai orang yang hidup berjaya
Semuanya melakukan lebih
satu kerja
Mengapa kita perlu malu
dan malas bekerja
Demi untuk memajukan
kehidupan keluarga kita.
Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 8.10 pagi
Ahad 3hb Januari 2016.
20 ulasan:
Raja Muda berkata...
5.LELAKI TINGGI TEGAP (LS) 2
lelaki itu tinggi dan berdiri tegap
menghadap cermin dengan yakin
walau hatinya hanya tuhan yang tahu
dia cuba gagah tenang untuk menatap seantero dunia
bagi mewarnai jiwa semua dengan sepenuh harapan
agar tiada kesangsian yang berlaku lagi
walau dituduh agar menipu rakyat
hingga memerangkap orang yang mendengar
tetapi dengan kemasyhuran yang dicapai
bukanlah harga yang dicari
tetapi kepercayaan yang ditagih
penjuang rakyat ini harus dicontohi
Raja Muda
sajak buat PM
selangor 2015
ULASAN RENGKAS !
Allah telah menetapkan sesaorang itu mengikut kemampuan , jika tidak maka tak layaklah dia menjadi seorang pemimpin atau PM dalam sebuah negara ? Maka Allah SWT telah menetapkan anak siapa keturunan mana ? Bila tiba masanya jadilah ia .sebagai ketentuan Allah yang maha esa.
LAYAK SETERUSNYA!
Hero Kampung berkata...
6.USAH PERCAYA (LS) 3
Usah percaya riuhnya ayam
lalu menyangka ia sudah bertelur
usah percaya guruh mendentum
lalu menyangka hujan nak tiba.
Usah percaya gemuruhnya kompang
lalu menyangka dah tiba mempelai
usah percaya hebohnya orang
lalu menyangka YB yang sampai.
Usah percaya buah di pokok
lalu menyangka dapat dimakan
usah percaya gahnya tepuk
lalu menyangka hebatnya sokongan.
Usah percaya pada orang
kerana manusia zaman sekarang
yang jujur terlalu kurang
yang banyak kaki temberang.
Hero Kampung
sajak sinis
Kelantan.
ULASAN RENGKAS !
Jangan terlalu menyangka dan mengharap pada sesuatu yang belum terbukti dan terjadi. Maka berhati-hatilah bila kita membuat andaian . Kerana lewat kebelakangan ini banyak berlaku yang terbalik dan sunsang itu jadi pujaan ramai , Malah yang kaki temberang pula mendapat tempat lagi hebat .
LAYAK SETERUSNYA!
Julia berkata.
7..BAJU KESABARAN (TK)
kehilangan sesuatu yang hilang
Tidak perlukah bersedih
Jika dunia menawarkan kemerlapannya
Maka bersabarlah terhadapnya
Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tiada hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barangkali keberhasilan itu mungkin itu tidaklah ada
Jika kau bertemu saat menyedihkan
Itu biasa jadi Kenakan baju kesabaran
Julia
sajak simbolik
jasin 29 disember 2015
ULASAN RENGKAS !
Sajak ini semacam ada mengisah sesuatu yang , mungkin amat berharga nampaknya.Kini terpaksa berusaha lagi untuk menadapatkannya. Mungkin ada hikmah dan pengajaran dengan apa yang telah kita lakukan dengan penuh kesabaran . Maaf thema simbolik soal peribadi. (TK)
MAAF TERPAKSA KELUAR.
Mozaire berkata...
8.MEMETIK CINTAMU (LS) 4
Malam ini akanku tinggalkan sebuah mimpi
Kali ini akanku cari diri sendiri
Hadirku bagai ilusi sekadar menjadi impian
Hati tak dapat ku miliki
cuma hanya di alam fantasi
Mungkin seratus tahun lagi
Impian menjadi realiti
Mungkin jua seribu tahun lagi
Aku masih di sini
Menunggu di pintu hati
Menanti sesuatu yang tak pasti
Akan ku terima hakikat ini
Yang ingin memetik cintamu
Mozaire
sajak jiwa-jiwa untuk tunang
teluk kumbar 29 Disember 2015 5:20 PTG
ULASAN RENGKAS !
Begitulah keadaan kita sebagai manusia yang lemah ini , sering sahaja mengharap akan Satu Impian yang boleh dijadikan kenyataan . Teruma sudah bertunang pastinya rasa tidak sabar untuk bersama dan bergelar pasangan suami isteri. Tetapi hati selalu menjadi cemas berbagai andaian bermain di kepala. Sebaiknya pasrah kepada yang maha esa.
LAYAK SETERUSNYA!
akhirnya setelah 3 tahun menunggu lepas jgk aku pusingan pertama terima ksih qalam!!!!!
MURUNG
jika Krisis ekonomi tiba-tiba
akan muncul pantas tanpa diduga
malu jika kita tidak bereksperimen
mencabar akal mencari yang murni
di alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di Timur
murai terus bernyanyi
setiap yang wujud masih berfungsi
sederap langkah ni aku pasti akan tertanya
kenapa harus murung berputus asa?
Pak Kassim
sajak tentang isu semasa dapat idea pada 29 disember ketika menyambut hari jadi yang ke 60
AWAN HITAM
hati ini masih diselubungi awan hitam
ku lihat langit masih tampak kelam dan sunyi
Sepertinya bintang terus bersembunyi
Di antara kabut dan hujan yang bernyanyi
Malam ini aku pasrah atas segalanya
Melepas semua kisah suka duka
tetapi aku yakin dalam perjalanan ini nanti
tetap berjalan menelusuri lorong waktu
Terus berlari dalam setiap serpihan rasa yang tinggal
dalam mengejar harapan dalam genggaman
En Sanusi
sajak dalam dilema dalam sesuatu perhubungan
10 september ketika pulang dari mahkamah
zaman skrg mmg la biar papa asal bergaya
baik x dapat dari hutang ni sbb hutang mmg membebankan
skrg byk org bangkrap sbb hutang la
jgn risau kami mendoakan en nuri mampu menulis puisi smpai la bila2.... hrp sihat selalu
MEMANAH SEGALA HASUTAN
Bersatulah kita menjana minda
membentuk bangsa yang benci tohmah
dengan memanah segala hasutan
dengan menghala tepat ke jantung si durjana
lakarkan sebuah kemenangan hakiki
demi menjulang bendera kemurniaan diri.
Cantaskanlah segala ranting yang menganggu
keratkanlah segala dahan yang menjalar
cabutkanlah akar yang mencengkam
lalu menggugurkan dedaun keiklasan
agar tumbuh pohon generasi yang sihat
daripada baja penghasut yang meracunkan bangsa kita
Penduga Akal
sajak sinis utk parti yang mengamalkan fitnah
20 disember 2015
MIMPI KEMARAU
Harus bagaimana mentafsir mimpi
yang sering menjengah lena
bila gelap malam seribu rahsia
menjengah gelita di mana-mana.
aku selalu mimpikan tentang sawah bendang
kontang bagai padang jarak
sayang tiada indah tidak lagi mesra menyambut
lesu bagai kemarau dan tengkujuh
tidak lagi akur dengan giliran
mengikut musimnya seperti dulu.
Sukarnya mentafsir mimpiku ini
Abang Japp
sajak tentang mimpi aneh ketika terlelap msa tgh membaiki kereta dibengkel
MENYULAM ALAM DITITIAN JATI DIRI
Dalam malam menyulam alam…
aku letih sambil berlatih…
dalam hujah yang menerjah wajah…
melangkah merekah terpanah khazanah…
Dalam malam menyelam alam…
Lembut disambut dalam serabut…
Basah gelisah kian menjadi susah…
Kalimat yang tersemat
Menyelam dalam kolam alam ini
menusuk masuk ke seluruh pelusuk
dalam menanti mati di dititian jati diri
Lagenda Pulau
sajak simbolik kehidupan
Sarawak 17 disember 2015
PENA MELUKIS
bilaku genggam pena dan mula untuk melukis
dan aku hampar satu lembaran kertas putih,
Inginku lukis satu wajah tersenyum
tetapi pena tiba melayang,
kertas putih terus menghilang,
idea dan ilham terus menghilang
Hanya warna mengisi ruang,
Baruku sedar banyak yang kurang,
Tidak seperti apa dirancang dan dipandang,
Warna warni dipinta tetapi hitam yang datang,
Terasa ingin saja lukisanku buang.
Satria JUragan
sajak buat pelukis seperti aku bila nak melukis idea dan ada masa
tu jugak macam-macam masalah datang ketika melukis di Masjib India
SETIA BERJANJI
Tika fajar menyinsing suasana
Dalam desas-desus nafas jiwa
tangan menadah berdoa
Tangis sedih, sendu dan duka
Mengadu pada Yang Mendengar Bicara
Berharap pada Yang Memenuhi Segala Cita.
Tercambahlah benih di sawah hati
Diairi dan menghijau bawah lembayung nurani
Dipagar serta dijaga rapi
Dengan sebuah janji termeterai
Dihiasi dengan rimbunan pekerti dan budi
Walaupun ia sunyi dan sepi kini
Apabila tibanya takdir Ilahi
Namun ia tetap terjaga rapi
Sehingga waktu masa datang lagi
Ia pasti akan indah kembali
Sebagaimana yang telah kita lalui
Selama mana kita bersetia janji
Tetamu Malam
sajak ketika melangsungkan perkawinan dgn bekas isteri semula
Sungai Ara 2015
LADANG
Terima kasih kerana membawaku ke ladang
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum kasturi
Terima kasih yang budiman
merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.
Nahul Hidzar
sajak tentang mengapai satu kejayaan
kuala sepetang
sayembara dh bermula ke aku nk join jgk aku dh hantar harap tersiar lgpn aku skrg bukan kt msia sbb aku ada kt thai skrg sbb kerja kat sini baiki enjin
apa khabar semua? salam perkenalan muka2 baru aku tgk yg baca ni ahli lama2 pergi mana? en nuri dh warga citra rasa sihat ke????
Catat Ulasan