5,BILA KITA BERADA DI HUJUNG SENJA
Wahai sahabatku!
Sebaiknya pada adat
Bila kita berada di
hujung senja
Selama ini jauh kurang
amal kebajikan.
Mendekatkan diri kita
kepada rambull alamin
Berbanyakkanlah
mengingati mati dan hari akhirat.
Bukan lagi ingin
Menjadi orang kuat
Mengajak orang lain
bersama
Menjadi penegak hal
kemungkaran
Dengan menarik perhatian
orang ramai
Dengan menyokong
kerja-kerja onar dan mungkar.
Ingatlah kepada
Dua malaikat mencatat
Yang berada di kiri kanan
kita
Akan mencatat apa sahaja
kita lakukan
Sama ada secara terang
dan tersembunyi
Kerana Allah amat maha
mengetahui isi hati kita.
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.5 minit pagi
Isnin Tanggal 4hb
Januari 2016
20 ulasan:
Kami tak mahu bincang pasal tamak halobaknya org kita ? Tetapi terpaksa kita perkata juga dalam komentar petang ini.
SEDIKIT KOMENTAR PETANG INI
BAGAN SERAI PERAK
Dua buah restoran menaikkan harga makanan sesuka hati telah diberi arahan tunjuk sebab dalam masa 14 hari ? Rasanya amaran begini semacam tidak setempal dan tidak cukup bagi menakutkan . Sebaiknya jika ada aduan orang ramai , mana-mana kedai makan atau Restoran menaikkan barang sesuka hati gantung saja lesennya setahun sebagai pengajaran.
Bila ada rasa takut baru ada rasa kesedaran .
HANYIR LUMPUR
Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyir darah yang tumpah
daripada derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah darah para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
oleh jerit pekik pejuang melayu
yang mencari benih kebebasan
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombak dan bersabung nyawa
demi tanah yang diragut ganas.
Qalam Musoffa
sajak pejuangan dari sarjan husin sy pinjam dri dia tapi minta izin dia dulu sebab sarjan husin nk msuk sayembara tapi zainal x bagi sbb dia dh pernah ke final dan kalau berjaya sepanjang sayembara sy pakai sajak sarjan husin la
KERDIL DIRI INI
Sungguh kerdil diri ini
Begitu sedih aku mengenang
Hidupku yang indah ini
tapi aku terlupa mensyukuri nikmatNya sepenuhnya
aku lupa melewati jalanMu sebaiknya-baiknya
Maafkan diri ini esungguhnya aku rindukanMu
Siapalah aku yang selalu leka dan alpa
Dengan urusan duniawi
Sesungguhnya Ku inginkan bahagia bersamaMu
Jalani hidup ini bersama redhaMu
Oh Tuhanku yang Maha Penyayang lagi Pengampun
Ampunilah hambaMu ini setinggi kasih kupanjatkan
Hanya padaMu yang Satu…
Anjang AKi
sajak ketuhanan
27disember 2015
PERSADA DUNIA
Sedetik waktu berlalu mengingatkan diri
pada sebuah perjuangan suci
mekar subur mewangi di persada dunia.
Kalimah-kalimah lantang terentang
membangkitkan semangat juang
Seketika kita dikejutkan dengan impian dan gagasan
kita tidak lagi jatuh tersungkur
hanyut dibawa arus globalisasi tanpa sempadan.
Perjuangan tiada henti kita semakin berani
melahirkan hasrat demi mendaulat maruah bangsa.
Sorakan semangat jati diri
melaung-laung di segenap pelosok
menyambut kemenangan sebuah perjuangan
menegakkan bangsa tercinta
Kembara Budiman
sajak memberikan semangat pada bangsa sendiri
ketika di dalam flight apabila melihat bangsa2 lain yg dtg
KESEPIAN
Kubiarkan kesepian menyelimuti hidupku..
Dalam kehampaan merona dalam jiwaku..
Mewarnai setiap detik nafasku..
Menghantui setiap getar dadaku..
Di sela kehampaan kurasakan kesunyian..
Terasa menyakitkan rasa kesepian..
Kembalikaniwa yang selalu haus
Lelah kaki melangkah yang tiada terarah..
Merasakan letih hingga tak mampu merintih..
Ingin hapuskan rasa kesepian ini..
Siapakah yang mampu kembalikan jiwa ini kembali..
Harimau Berantai
sajak terkenang
Negeri sembilan
SETIAP PERENGGAN
Setiap halaman di dalam bab beza,
tersusun setiap perenggan dan tulisan
antara pengalaman dalam almari usia
antara muram kecewa dan ledakan ketawa
sering mentafsir walaupun dalam khuatir
di atas helai-helai kertas perjuangan
kita saling belum mengerti sejujurnya.
Zainal Arifin
sajak simbolik
kuala selangor
TERIMBAS KENANGAN
tiba-tiba terimbas kenangan semalam
ketika kita bersama-sama berjuang
meletakkan diri sama taraf dengan pejuang yang lain
tetapi bayaran kepada perjuangan ini
tidak tertebus dalam minit-minit waktu
Aku lemas dalam tipu daya
nafsu dipagari teknologi
Masihkah ada ubatnya
walau tubuh ini sudah usang
mencari cahaya dan kemanisan
di sebalik diri yang menunduk
Richard Sariosa
sajak tentang kesusahan
Sungai Bakap
HIJAU KEHIDUPAN
Andainya dapat kuungkapkan
rasa rimbunan kesyukuran
akan aku persembahkan seluruhnya
Andainya dapat kusimpul
aura bahasa pengorbanan
akan aku perhambakan seluruh kudrat
kerana betapa dari degup nadi ini
aku telah dilimpahi segala keberkatan
meletakkan aku di daerah hijau kehidupan.
Hambali Maliki
sajak kesyukuran
Tangkak 25 disember 2015
WILAYAH ASING
Terdampar di wilayah asing
diranduk rasa tidak puas hati
ditegah oleh rasa gelisah
kerna terpaksa mematuhi setiap bayangan
Suatu ketika hati ini mahu mencabar semula
akan tetapi hanya hati yang keras
memaksa diri duduk diam membisu
cuma melakukan itu dan ini
sambil membutakan mata memekak telinga
demi mendengar arahan dari suatu bayangan
Nuri Jaguh
sajak marah ketika baru berkeja di tempat baru
seberang prai 29disember
bagan serai kedai mana tu?
semua naik harga atas alasan GST
restoran pembangkang tu
ceik darah suka2 hati naik harga
aku rasa mcm pernah mkn kt restoran tu mmg mahal pun
dorg suka naik harga x ikut semasa
bleh kana saman mcm tu naik hrag suka hati
boikot saja kedai tu
silap2 takut pelanggan dia bakar kedai tu naik harga sangat
Semua sajak sayembara akan di terbitkan bersama keputusan malam jumaat hadapan. Harap maklum. Makasih!!!
Puisi-puisi soal peribadi sepatutnya dihindarkan dahulu takut nanti akan tersinggung hati -mana pihak . Harap maklum.
Catat Ulasan