MENILAI WATAK DIRI SENDIRI
Dalam kehidupan ini watak memainkan
peranan penting
Pada hati, jiwa, hajat dan tujuan
memburu kehidupan
Jika seorang pelakon wataknya
menghidupkan cerita
Untuk menyakinkan penonton pelakon
banyak berpura-pura.
Tetapi bagi watak dalang yang tidak
mempunyai skrip ini
Terlalu mudah buat siapa sahaja
untuk melakukannya
Kerana dia terlalu mudah buat sahaja
asalkan orang marah
Dan boleh menyakinkan dan dapat
menghidupkan jalan cerita
Untuk sesiapa mengetahui watak yang
anda lakon kan hari ini
Nilai lah kembali apa kejayaan anda
dan dari mana hasil usahanya?
Sebagai seorang boss atau buruh
kasar atau kerja apa sahaja
Berjaya atau tidak Berjaya itulah
watak sebenar yang anda lakon kan ..
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.05 pagi jumaat
Tanggal 21 Ogos 2015 di kamar sepi.
15 ulasan:
penyair agung: admin mana xkn dh berkubur blog ni? klu bleh ari raya pertama hajat sy nk beraya umah en nuri...
penyair agung: admin mana xkn dh berkubur blog ni? klu bleh ari raya pertama hajat sy nk beraya umah en nuri...
saizul maizav: aku plak klu bleh nk raya pertama ni nk jumpa dan bergambar dgn en nuri
hero kampung: en nuri tu sapa kenapa dgn dia
Ustaz Rahman: kau sapa plak hero kampung xpnh tgk pun sblm ni
Halilintar Hutan: ustaz rahman sapa plak? sbb sblm ni xpnh tgk lgi
Lagenda Pulau: nampaknya ahli bru dgn lama bleh msuk ke?
En Sanusi: jgn gelabah semua sbb smua ahli lama dgn baru bleh bergabung
seri suri: patutlah pun byk muka2 xpnh tgk lgi
Anjang Aki: sy klu dpt jumpa en nuri mmg sy akan belanja dia mkn besar
Tuan Haji: blog ni masih aktif lgi ke?
Jalil Janggut: mna admin xkn dh tutup blog sbb aku pnya nazar klu bleh sebelum mati nk jgk jumpa en nuri
keris berlian: sapa en nuri popular jgk dia ni... kami ahli bru xtau plak?
YB Muhamad Hassan: salam dri sy... bleh sy tau blog ni dh aktif ke blum sbb sy dh taja blog ni esok dah nk raya ni? mana admin? teringin jugak sy nk tau sapa admin kt sini?
Pb1: Assalamualaikum sahabat lama dan baru, wak Catuk dah bagi tahu pintu Blog dah buka kembali, semalam kami buka tetapi gagal .Hari ini boleh pula, Al hamduliullah. Cerita Yb MH kami dah dapat tahu sebelum ini. Sayangnya blog tersekat .Harap maklum.
Pb1: Tanda kami kembali bersama sahabat baru dan lama sebuah puisi kembali disiarkan setelah terhenti pada 31 Julai lalu. Okey Maaf zahir batin tak kira raya bila-bila pun boleh sebaiknya saban hari kita minta maaf . Amin.
Catat Ulasan